Isnin, 7 Mac 2011

Bersesat atau menyesatkan?.....


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..., selawat dan salam keatas Rasul junjungan mulia Sayidur Mursalin Wa Qatamul An Biya Iwal Mursalin Wa'alan Nabi Mustaffa Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, Wa Ala Ahlihi Wa Azwajihi Wa Zuriyatihi Syai Un Lillahilahumul Al-Fatihah, para sahabat baginda, para tabie, para ulama dan para pejuang yang memperjuangkan kalimah Lailahaillahu Muhammadurasulullah dari zaman dahulu hingga sekarang.  Semoga roh Islam dan Iman berkekalan sejak zaman para sahabat baginda sehingga ke hari ini.

Kita sering keliru dengan iman dan akal serta nafsu kerana ketiga-tiga perkara tersebut sering menjadi pertimbangan kita dalam membuat sebarang keputusan.  Ilmu yang berlandaskan iman pasti membuat keputusan yang tepat kerana keputusannya bukanlah dari akal manusia yang terhad dan cetek.  Sukar untuk dihuraikan perkara ini kerana ia ada tingkatannya.  Tetapi apa yang pasti marilah kita sama-sama tingkatkan tahap keimanan kita dari sehari ke sehari supaya setiap perjalanan kita dipermudahkan..insya'Allah.


Berbalik kepada topik utama coretan blog kali ini ialah "Bersesat atau menyesatkan?..", tujuan tajuk ini dibuat bukanlah untuk menunding jari pada mana-mana pihak tetapi cuma sekadar renungan untuk diri sendiri didalam menghuraikan persoalan-persoalan didalam minda.  Bukankah blog ini berkaitan dengan diari sang pencinta?, jadi kali ini sang pencinta ingin berkongsi sedikit persoalan-persoalan yang bermain didalam minda supaya ada sedikit rungkaian pada persoalan tersebut...insya'Allah.

Maksudnya:-
"Dan sesungguhnya telah datang Yusuf kepadamu dengan membawa keterangan-keterangan, tetapi kamu senantiasa dalam keraguan tentang apa yang dibawanya kepadamu, hingga ketika dia meninggal, kamu berkata: "Allah tidak akan mengirim seorang (rasulpun) sesudahnya. Demikianlah Allah menyesatkan orang-orang yang melampaui batas dan ragu-ragu." -Al-Mukmin (34)


Bersesat atau menyesatkan merupakan dua ayat yang lebih kurang maksudnya tetapi ayat perbuatannya membawa dua maksud yang berbeza.  Bersesat merupakan suatu ayat yang dimana kita sedar diri kita dalam keadaaan sesat dan kita tahu bagaimana menempuhi jalan yang sesat supaya kita tidak sesat.  Contohnya; kita terjumpa suatu jalan yang baru dibina di suatu tempat yang baru bagi kita.  Untuk menempuhi jalan tersebut kita tahu kita akan sesat dan kita faham akan pangkal jalannya untuk kembali jika jalan yang dilalui itu tiada jalan penghujung kepada perjalanan kita.  Maksudnya jika kita ingin ke suatu tempat yang bernama "B" daripada tempat yang bernama "A", walaupun jalannya ada 9, tetapi jika kita kenal dan faham akan tempat "B" maka hatta kita redah 9 jalan sekalipun pasti kita tahu bagaimana untuk ke tempat "B" walaupun berada dalam keadaan sesat iaitu bersesat.  Untuk menjumpai suatu tempat yang kita sudah pasti akan tempat itu, walaupun sesat macam mana sekali pun kita tahu untuk kembali ke pangkal jalan dan sampai ke hujung jalan.

Akan tetapi lain pula keadaannya maksud "menyesatkan" kerana menyesatkan melibatkan ramai orang daripada bersesat.  Bersesat hanyalah merujuk kepada orang perseorangan.  Akan tetapi menyesatkan melibatkan ramai orang.  Contohnya jika kita tidak sedar bahawa kita sendiri berada didalam keadaan sesat dan kita masih merasakan kita sememangnya tidak sesat tetapi hakikatnya sememangnya kita berada didalam keadaan sesat dan kita pula mengajak orang kearah jalan yang sesat tanpa menyedarinya kerana kita sendiri pun tidak pasti dimana tempat yang ingin kita tujui.  Menyesatkan ialah bila seseorang itu tidak pasti akan arah tujunya cuma ia meletakkan tempat yang ditujunya itu adalah berdasarkan akan rasanya sahaja.  Tanpa mengenali betul-betul akan tempat yang ditujui dan hanya berpandukan rasa sahaja, seolah-olah seperti orang buta yang berjalan tanpa tongkat dan tanpa bantuan orang lain kerana baginya, rasa yang dirasakannya itu sudah memadai untuk memandunya ke arah tempat yang ditujui.  Ibarat orang sombong yang degil yang merasakan tindak-tanduknya itu adalah benar dan tidak boleh ditegur dan dinasihati.

Maksudnya:-
"[71:24] Dan sesudahnya mereka menyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan."

Jadi persoalannya adalah dimana kita meletakkan diri kita sama ada di tempat "bersesat" atau "menyesatkan".  Mereka yang meletakkan diri mereka pada "bersesat" itu sentiasa mencari-cari dan sentiasa beringat-ingat akan diri yakni walau berada dalam keadaan sesat macam mana pun didalam dirinya tidak pernah lalai dan terpedaya akan keadaan sesat itu kerana matlamatnya jelas, tempat yang ditujunya juga jelas.  Berbeza pula mereka yang meletakkan diri mereka dalam keadaan "menyesatkan" kerana mereka langsung tidak mencari-cari dan beringat-ingat akan diri mereka kerana mereka sentiasa merasakan diri merekalah benar, jalan yang mereka lalui itu benar, tetapi mereka lupa matlamat mereka masih kabur, tempat yang ingin ditujui juga samar dan kabur.  Mereka merasakan matlamat dan jalan yang ditujui itu jelas tetapi mereka sendiri tertipu dengan ilmu rasa yang diciptakan mereka itu.  Dan bukan sekadar mereka sesat akan jalan mereka malah menyesatkan orang lain dengan kata-kata dan hujah mereka....nauzubillahiminzalik...

Maksudnya:-
"[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

Oleh itu, hendaklah kita sedar dimana kita berada.  Dan juga jelas akan matlamat dan tempat yang ditujui.  Dan janganlah terpedaya dengan mereka yang tertipu akan ilmu rasa.  Carilah mereka yang benar-benar memahami akan tempat yang ditujui kerana mereka yang benar-benar memahami akan arah tuju adalah mereka yang diredhai Allah Ta'ala.  Mereka bukanlah terdiri daripada mereka-mereka yang mendapat pengiktirafan manusia dan hanya dengan rahmatNya jua akan dipertemukan...insya'Allah.

Maksudnya:-
[1:6] Tunjukilah8 kami jalan yang lurus,


 Maksudnya:-
[1:7] (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.9



Sekian dahulu nukilan yang tak seberapa ini, adalah diharapkan terdapat sedikit rungkaian pada persoalan-persoalan tersebut, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.



People who read this post also read :



Tiada ulasan: