Ahad, 29 Disember 2013

Perbezaan dan Persamaan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Allhamdulillah syukur kita kehadrat Illahi...
Dengan izin dan limpah kurniaNYA masih kita bernyawa dan bahagia...
Selawat dan salam keatas junjungan MULIA...
Rasulullah S.A.W, para sahabat dan para syuhada...
Mukminin dan mukminat serta muslimin dan muslimat....


Makanya bermulalah satu penulisan yang tiada awal dan akhir...
Bermulanya suatu titik menyatakan huruf 'BA'..
Permulaan kalimah suci bagi KITAB ALLAH...
Iaitu kalimah Bismillahirahmanirahim...
Bermulanya sebuah kehidupan...
Menyatakan kemurahanNYA serta kasih-sayangNYA...
Atas namaNYA jua ia bermula...
Pertemuan AR-RAHMAN dan AR-RAHIM..
Bergabunglah IA bagi menyatakan namaNYA ALLAH...
Terselindunglah ia akan MIM itu yang menunjukkan SIFAT disebalik ZAT...
MIM yang tiada taranya....
Kisah akan namaNYA jua...
Segala-galanya hanyalah untuk MIM jua....
MIM itu jua menyatakan kekasih awal dan akhir...
Muhammad S.A.W...
Rasul terakhir junjungan mulia...

Kembali semula akan tajuk asal...
Perbezaan dan Persamaan...
Perbezaan itu adalah "keadaan atau sifat berbeza"
Perbezaan itu juga wujud apabila ada AKAL
yang membezakan sesuatu...
yang menentukan baik dan buruk..
KAYA dan MISKIN...
Bodoh dan Pintar...
Sesat dan Benar...
Jahat dan Baik..
Semuanya berbeza atas ukuran AKAL...
Tetapi dalam Al-Quran...
Semuanya sama...
Yang berbeza hanyalah TAQWA..
Tiada kurang atau lebih...
nilainya hanya sama jika diukur dengan AKAL..
Baik PHD mahu pun TADIKA...
Jika Kalam, Perbuatan dan Hati tidak selari...
makanya belum lagi bersatu...
Belum lagi ISLAM...
Kerana ISLAM itu Bersatu...
BEZA itu adalah Perpecahan..
Ukurlah dengan IMAN dan amal soleh...

Persamaan itu adalah sesuatu yg sama..
Sama dari Kalam, Af'al mahupun Hati..
SAMA bagi menyatakan SATU
SATU itu AHAD...
Pabila Bilal diseksa...
kalimah AHAD terpancar dibibirnya...
bukanlah kerana sakit diseksa maka disebut AHAD..
disebut AHAD kerana nikmat...
nikmat akan SATU itu...
SATU pabila kalimah yang DUA bersatu...
La'ilahailallahu Muhammadarasulullah...
Nikmatnya hati apabila ia bersatu...
Nikmat yang tiada perumpamaan...
Hanya bersatu sahaja yang tahu...
SA menyatakan SATU..
SA kepada ESA..
Hanya DIA...
DIA semata-mata...
Tiada Illah melainkan ALLAH...
ALLAH...
ALLAH...
ALLAH...

Bahagianya DIRI apabila Bersatu...
Bersatunya 3 rukun utama SOLAT
Qauli, Qalbi dan Fi'li...
Bersatunya ia menyatakan TAUHID...
Asas utama yang diterapkan oleh Nabi Junjungan Mulia...
Tapak yang kukuh hasil didikan utama...
Jika hidup masih ada MASALAH...
maka itu juga belum bersatu...
masih ada dakwa dan dakwi...
masih mengeluh akan kekurangan diri...
itulah Illah yang membelenggu diri...
kerana alpa akan dunia yang sementara...
Dunia yang disangka ABADI...
Akhirat hanyalah tiadalah ada lagi...
itulah lalai sebenarnya lalai...
kerana asas tauhid belum bertapak dalam diri...
yang dilihat hanyalah kekurangan diri...
bila beza masih bertapak dalam diri...
dari satu menjadi dua dan lagi...
tersesat dalam terang..
Nyata dalam palsu...
Tertipu dengan AKAL yang diberi...
iman dan amal soleh tiadalah lagi...
yang tinggal hanya nafsu dan akal...
bersalut gelap melindung akan cahaya diri...

Lahaula wala khuwata ila billahil ali ilazim...
Kepada MU kami berserah...
Atas rahmatNya jua jalan kembali...
Kembalinya diri kepada Tuan Empunya Diri..
Diri sebenarnya DIRI..
Diri yang kekal abadi...
Diri yang satu...
Tiadalah diri..
Kerana SA itu...
ESA...

Wallahualam bisawab...