Rabu, 11 Mei 2016

Sabar, Redha dan Tawakal


Dekat kita ada tiga perkara:-

1) Yang Dapat - Cantikkan redha (terima dengan hati yang suka)
           i)  Bersihkan tubuh dengan buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
          ii)  Bersihkan hati dengan mengingati Allah.
         iii)  Bersihkan rahsia dengan meninggalkan kehendak diri.  Sentiasa takut dalam melakukan sesuatu.

2) Yang Tak Dapat - Cantikkan tawakal. (bulatkan hati sepenuhnya akan penyerahan kita.)
           i)  Sentiasa berserah kepada Allah dengan apa yang belum dapat.
          ii)  Makam Tawakal ada 5 sifat:-
               a)  Yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah mengetahui.
               b)  Yakin sebenar-benar yakin akan kesempurnaan kudrat Tuhan.
               c)  Yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah tak mungkiri janji.
               d)  Yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah tak silap dan tak lupa.
               e)  Khazanan perbendaharaan Allah tidak susut (tak kurang).

3)  Yang Melompat - Cantikkan Sabar.
            i)  Sesuatu yang hilang dari kita, hendaklah sabar. (Menerima ketentuan Tuhan dengan keluh dan kesah)
           ii)  Segala dugaan dan cubaan yang datang hendaklah diterima dengan sabar dan redha.