Khamis, 17 Februari 2011

Telaga itu dalam...jangannn

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, alhamdulillahi nas ta'inuhu wanas taghfiruh wana'uzubillahi amfusina wamin saiyi atina a'malina wamai yahdihi fala ha dhilalah fala mudhilalah..
Bismillahirahmanirahim, robbishrohli sadri wayasirli amri wahlul ukh datal milisani yaf kha hu khauli.  Bismillahirahmanirahim, rabbi zidna 'ilman warzukna fahman..


Selawat dan salam ke atas nabi junjungan mulia Muhammad S.A.W., para sahabat baginda terutamanya Sayyidina Abu Bakar As-Sidiq, Sayyidina Umar Al-Khattab, Sayyidina Usman bin Affan dan Sayyidina Ali Karammallahu Wajjhah, Ahlul Bait, Para Ulama dan Para Pendukung Kalimah Lailahailallahu Muhammadarrasulullah dari zaman anbiya sehingga ke hari ini agar nur Islam tetap syumul dihati pencinta-pencintaNya.


Syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi dua nikmat yang amat besar nilainya yang tiada terhingga iaitu nikmat islam dan iman.  Semoga hati ini masih memuji dan memuja Mu dan meneruskan perjalanan hidup seorang hamba yang sedar akan batas-batas yang Engkau tetapkan ya Rabbul alamin.
Syukur juga daku kepada zat yang Maha pemurah lagi maha penyayang kerana masih diberi kesempatan untuk menaip setiap bibit-bibit yang bermain diminda lalu diterjemahkan didalam rungan blog ini semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat, insya'Allah.




Entah kenapa tidak ku ketahui kenapa tajuk "Telaga itu dalam...jangannn" dipilih kali ini,  tetapi ku pasti dibenak ku ini pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan.  Bermulanya tahun baru, ada beberapa artikal yang tak dapat aku 'publish' kan ke ruangan blog ini kerana terlalu banyak persoalan yang tergantung tanpa penyelesaian, lalu ku biarkan ia begitu kerana setiap perjalanan mesti diteruskan samada dapat diselesaikan atau tidak bukan urusan ku, urusan ku hanyalah urusan hamba yang meneruskan perjalanan sahaja. Lahaula wala khuwata ila billahil a'li yil azim...


Suatu hari, semasa bersembang di suatu kedai kopi, bertanya seorang ustaz kepada ku,"Ada seorang hamba Allah bertanya: bolehkah beliau beli nombor ekor?, kerana bagi beliau itu sahaja jalannya beliau dapat melangsaikan hutang beliau", lalu aku menjawab tanpa berfikir panjang; "jikalau perkara itu dapat membahagiakannya maka buatlah", lalu ustaz itu menegur ku"nabi tidak pernah menghalalkan cara didalam setiap perkara" dan aku pun berkata "jika ku sudah beritahu bahawa telaga itu dalam, jangan kau terjun..bahaya, akan tetapi kerana engkau mengatakan didalam telaga itu ada harta karun yang dapat menyelamatkan hidup mu maka teruskanlah niatmu itu, hidup dan mati mu juga bukan urusan ku".
Kadang-kadang kita lupa bahawa hidup ini diberi pilihan, disebabkan hati dibutakan oleh nafsu maka kita sendiri yang membinasakan diri sendiri.



"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".
( Surah al.Baqarah,2:195).



Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
( Surah Al-Baqarah: 219).

Tidakkah kita sedar bahawa setiap hari kita sering membinasakan diri kita.  Bukankah hidup ini diberi pilihan?  Akan tetapi disebabkan kelalaian dan kehendak nafsu mengatasi iman yang ada...pilihan yang baik menjadi kabur dan tidak nampak.  Apa yang dilihat hanyalah pilihan-pilihan atau peluang-peluang yang kena dengan nafsunya sahaja.  Jika hati sudah dibelenggu dengan nafsu yang serakah lalu membutakan akal yang mempertimbangkan iman maka terjunlah kita ke lembah kebinasaan.  Nauzubillahimin zalik...

Hanya hati dan akal yang dipandu oleh iman sahaja yang mengenal akan pilihan-pilihan yang baik.



Sekian dahulu nukilan yang tak seberapa ini, semoga setiap perjalanan kita diberkati dan dilimpahi taufik, hidayah dan inayahnya.


Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..