Jumaat, 28 Ogos 2009

$-: Diam dan Tutup Mulut :-$ episod 1


Assalamualikum wrh.wbkt., salam serta selawat keatas junjung mulia kami, penghulu bagi manusia akhir zaman Muhamad S.A.W. dan kepada seluruh umat manusia tidak mengira kaum, rupa, bangsa dan agama. Hari ini 28 August 2009 bersamaan dengan 7 Ramadhan 1430 Hijrah jam 3.30 PM.

Sempat lagi aku luangkan masa untuk mencoretkan sedikit bicara hati yang meronta-ronta...lalu ku abadikan didalam blog ini daripada dibiarkan usang dan sepi tanpa kalam dan huruf.

Kali ini ku cuba membuka bicara soal diam dan tutup mulut. Sebelum ku terus kan bibit-bibit ayat yang seterusnya izinkan aku melayari
blog-blog yang sedia ada memperkatakan soal diam mahupun tutup mulut. Tetapi sayangnya aku hanya terjumpa segelintir blog yang membicarakan soal agama, politik dan sebagainya. Jarang sekali membicarakan soal ilmiah mahupun buah fikiran yang jitu dan bernas. Lalu ku ambil sedikit kalam daripada blog ini http://ibnumustafa.blogspot.com/2009/07/hikmah-disebalik-berdiam-diri.html, aku tidak mampu untuk mengomel apa yang penulis cuba sampaikan cuma aku mengetengahkan sedikit apa yang cuba disampaikannya.

Mula-mula sekali kita akan bicarakan soal diam. Apakah yang dikatakan diam tersebut?

Tanpa berlengahkan masa aku mencari maksud tersebut di laman web dew
an bahasa dan pustaka iaitu http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx Terdapat 38 maksud yang didefinasikan dengan 'diam'. Tetapi aku hanya memilih satu sahaja iaitu:
"berdiam, senyap, sunyi, lengang, hening, tenang, khali, sengap, antap, kaku, tegak, tutup mulut, enap, bungkam; tinggal, duduk, bersenangan, bermukim, berumah, berteduh, menumpang, diam-diam, senyap-senyap, secara sulit."
Lalu aku memilih satu klausa lagi; "1. tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2. tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1. tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2. dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2. ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1. membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2. menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3. membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya.
Apa yang cuba diterjemahkan oleh kamus dewan ini ialah senyap dan juga tutup mulut. Jadi tutup mulut juga boleh diistilahkan sebagai diam. Kalau difikirkan lagi, diam juga boleh dikaitkan dengan tidak bercakap. Oleh yang demikian secara umumnya, diam juga dikaitkan dengan tutup mulut. Jika mulut ditutup maka terjadilah diam.
Kalau dilihat peribahasa melayu juga "Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat maksud Diam orang berilmu berfikir. Diam orang bodoh sia-sia sahaja"
Daripada peribahasa diatas dapat disimpulkan bahawa diam juga ada pro dan kontranya. Ada baiknya dan buruknya.

Diam berilmu bermaksud berfikir dan diam orang bodoh, sia-sia sahaja. Perkara apa jua didunia ini pasti didatangkan berpasangan.

Kalau kita lihat dewasa ini, menularnya wabak H1N1 di seluruh dunia. Disarankan jalan pencegahannya ialah tutup mulut menggunakan topeng. Oleh itu, jika dilihat dengan mata hati, dengan bukanya mulut yakni bercakap mahupun tidak, maka ia boleh mengundang pelbagai masalah.

Ada juga istilah kerana mulut badan binasa dan kerana mulut juga hubungan silaturahim boleh terputus.

Didalam suatu hadith sahih bermaksud:-

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" - HR Abu Naim.

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam" - HR Bukhari & Muslim


"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya" - HR At-Tarmizi.

Didalam hadis diatas juga diterangkan bahayanya bila membuka mulut dan berkata-kata.
(Dah dekat jam 5.00 petang, maka aku terpaksa undur diri sebab malam ni mau baliks kampung daaa....adios amigos...akan disambung episod selanjutnya...wassalam)

People who read this post also read :



Tiada ulasan: