Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia, penghulu segala nabi serta penutup sekalian nabi dan rasul iaitu nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, para sahabat baginda, ahlul bait, para ulama dan mukminin serta mukminat, muslimin dan muslimat serta seluruh pejuang kalimah tauhid Lailahailallah Muhammadur Rasulullah.
Semoga sahabat-sahabat dan para pembaca blog dirahmati dan diberkati Allah serta dilimpahkan akan rahmat, taufik, hidayah dan inayah dari Rabb sekalian Alam...insya'Allah.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan nama Muhammad kekasih Allah yang menjadi ikutan mulia serta pedoman kepada mereka yang mencari cahaya kebenaran. Jauhilah kami dari bisikan syaitan yang direjam.
Penyakit hasad dengki merupakan penyakit hati yang sukar untuk diubati. Hasad adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud dengki. Dalam laras bahasa Melayu, kedua-dua kalimah Arab dan Melayu ini digabungkan, mungkin sebagai kata penguat kepada kalimah pertama.
Mengikut Imam Al-Ghazali, dengki (hasad) adalah membenci kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang lain dan ingin agar orang tersebut kehilangan kenikmatan itu.

Rasulullah saw bersabda :
"Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud).
Kebiasaannya begitulah kita cukup menjaga kesihatan tubuh badan. Semua inginkan tubuh badannya sihat, cergas dan bertenaga supaya dapat hidup ceria serta mampu bergerak ke sana sini dengan selesa.
Akan tetapi ada di kalangan kita tidak ambil peduli jika rohaninya sakit. Dibiarkan saja rohaninya sakit sekian lama tanpa berusaha mengubatinya. Ramai kurang memberi perhatian terhadap kesihatan rohani walaupun penyakit rohani lebih bahaya daripada penyakit moden.
Salah satu unsur rohani ialah hati. Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Kotor hati, buruk akhlak manusia itu. Justeru, hati perlu dibersihkan selalu. Rohani sihat kerana hati sihat.
Allah tidak melihat manusia berdasarkan paras wajah yang cantik atau tampan. Allah tidak juga melihat akan kehebatan atau terkenalnya manusia itu dalam masyarakat atau negara. Yang Allah lihat ialah hatinya.
Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.” � (Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” � (Surah al-Araf, ayat 179)

Persoalannya; kenapa ada orang hasad dengki dengan kita?
Pernahkah kita mempersoalkan persoalan tersebut? Kita harus sedar bahawa sepohon pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ditiup angin. Sebuah kereta tidak akan bergerak kalau tidak ada pemandu atau yang mengerakkannya. Begitulah dengan penyakit hasad dengki ini. Kalau tidak disemai benih hasad dengki maka tidak akan tumbuh ia didalam hati manusia.
Penyakit hasad dengki ini sudah wujud sejak Adam diciptakan lagi oleh Allah. Iaitu peristiwa engkarnya Azazil (Iblis) setelah diperintahkan Allah supaya tunduk dan hormat pada Adam a.s.
Oleh yang demikian, kita harus sedar bahawa penyakit hasad dengki ini jika dibiarkan subur didalam hati, ia akan menjadi seperti satu wabak yang merbahaya. Walaupun sebesar zarah sekali pun, jika kita biar dan tidak cuba mencegah atau merawat, ia akan terus menggangu jiwa dan mengawal hati kita.
Kalau kita tidak semai akan benih hasad dengki dan kebencian dalam hati kita, insya'Allah akan dipelihara kita daripada dihasad dengki oleh orang lain.
Jawapan bagi persoalan tersebut adalah diri kita sendiri. Jikalau kita tidak terlintas akan hasad dengki tersebut, maka tiada orang yang akan hasad dengki dengan kita...insya'Allah. Oleh itu, bebaskanlah diri kita dari hasad dengki kerana hasad dengki juga mengakibatkan putusnya tali persaudaraan sesama islam, peperangan, pembunuhan dan sebagainya.
Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.” � (Surah al-Bazarah, ayat 10)
Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.
Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.
Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan? Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya? Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka.” � (Surah an-Nisa’, ayat 52-55)
Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering.” � (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud)
Justeru, marilah kita menghindarkan diri kita dari ditimpa penyakit rohani yang bernama hasad dengki dan segera mengubatinya jika ada tanda demikian. Kikis sifat yang merugikan diri dan masyarakat Islam seluruhnya.
Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri yang berusaha mengubah keadaannya (nasibnya).” � (Surah ar-Ra’d, ayat 11)

Tidak ada jalan lain untuk merawat dan mengubati hati yang dijangkiti penyakit hasad dengki ini melainkan kembali kepada fitrah manusia iaitu bertaubat dan sentiasa memohon keampunan kepada Allah S.W.T.
Terdapat Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia
Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut, iaitu:-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian
2) Merasa Diri Mulia
2) Merasa Diri Mulia
3) Takabbur
4) Ujub
5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
7) Busuk Hati.
Huraian faktor-faktor tersebuat adalah seperti berikut.
Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian
Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.
Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)
Kedua : Merasa Diri Mulia
Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.
Ketiga : Takabbur
Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.
Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : “Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.”
Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?
Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.
Keempat : Ujub (bangga diri)
Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-
“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”
Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”
Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.
Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.
Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.
Ketujuh : Busuk Hati
Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Maha Benarlah Allah S.W.T yang telah berfirman;
"Di dalam hati mereka ada penyakit maka Allah tambahkan kepada mereka penyakit lainnya)." (QS Al-Baqarah : 10)

Oleh yang demikian, rawatlah penyakit hati kerana disitulah bermulanya penyakit zahir. Bersihkan hati, insya'Allah hidup kita bebas dari sebarang penyakit.
Wallahualam Bissawam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan