Sabtu, 14 Julai 2012

Kehidupan dunia dan akhirat...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, selawat dan salam ke atas junjungan mulia khatamul anbiya Muhammad S.A.W, para sahabat, para ahlul bait, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat yang mendokong kalimah Lailahaillallahu Muhammadarasulullah dari zaman baginda hingga ke hari ini, semoga Islam dan Iman mekar di hati pencinta-pencinta Nya...insya'Allah.

Seringkali kita terdengar atau terbaca artikel-artikel atau perbincangan hebat para ilmuan menceritakan berkenaan dengan kehidupan dunia dan akhirat.  Pertama sekali saya dengan rasa rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada para ustaz-ustaz atau ilmuan-ilmuan kerana saya tidak layak dalam menghuraikan bab ini apatah lagi memberi pandangan berkenaan hal sebegini.   Cuma hati yang kudus ini sering membentak dan menimbulkan seribu persoalan apabila perkara ini dibicarakan.   Maafkan saya sekali lagi andai tajuk ini menyetuh hati dan perasaan tuan-tuan.   Segala kekurangan itu adalah dari hamba yang dhoif ini.
Cinta dunia adalah ‘kepala’ (punca) segala kerosakan


Sebenarnya pemahaman berkenaan dunia dan akhirat ini, ilmunya berperingkat-peringkat.  Jika ingin dimuzakarahkan sampai bila pun perkara ini tiada kesudahannya, kerana ilmu Allah Ta'ala itu maha luas, perbincangan berkenaan hal ini hanyalah untuk membesarkanNya dan mendekatkan diri kita denganNya.  Jika dibandingkan dengan Hikayat 1001 Malam, perkara dunia dan akhirat itu jauh lebih besar skopnya sehingga melebihi apa yang tersedia di depan mata kita yang terhad ini.  Cuma apa yang ingin saya utarakan hanyalah sebahagian kecil dari skopnya.  Sesungguhnya setiap manusia itu pemahamannya pada sesuatu ilmu itu berbeza.

Bismillahirahmanirahim, robishrohli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatal millisani yaf khahu qauli, rabbi zidni ilman warzukhni fahman.

Alhamdulillah syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya dapat kita mengecapi dua nikmat yang tidak terhingga nilainya iaitu nikmat Islam dan Iman sehingga ke hari ini.

Dalam surah Al-Hadid, ayat 20;


 [57:20] Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.


Kehidupan di dunia dan akhirat sering diceritakan dan dikhabarkan melalui media massa mahupun melalui ceramah-ceramah di masjid, surau dan sebagainya.  Dunia dan akhirat merupakan dua tempat yang menjadi topik perbualan para ilmuan dan para ulama.  Tujuan perkara ini dibahaskan adalah kerana ingin memperhalusi serta mendalami ilmu Allah Ta'ala dan mendekatkan diri kita kepada Rabbul Alamin semata-mata.

Dunia seringkali dikaitkan dengan perkara yang sementara, melalaikan, dan menjauhkan diri kita dengan Allah S.W.T.


Manakala akhirat pula adalah suatu tempat yang kekal abadi, sentiasa mengingati Allah dan mendekatkan diri dengan Allah Ta'ala.

Kehidupan dunia seringkali dikaitkan dengan kemewahan harta benda, kekuasaan pangkat dan nama, kesempurnaan hidup dan diberi kemuliaan sama ada anugerah mahupun darjat kebesaran.



عَنْ عَمْرو بْنِ عَوْفٍ الأَنْصَارِيِّ، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ بَعَثَ أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ إِلَى الْبَحْرَيْنِ يَأْتِي بِجِزْيَتِهَا، فَقَدِمَ بِمَالٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ، فَسَمِعَتِ الأَنْصَارُ بِقُدُوْمِ أَبِي عُبَيْدَةَ، فَوَافَوْا صَلاَةَ الْفَجْرِ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ، فَلَمَّا صَلَّى رَسُوْلُ اللهِ، اِنْصَرَفَ، فَتَعَرَّضُوْا لَهُ، فَتَبَسَّمَ رَسُوْلُ اللهِ حِيْنَ رَآهُمْ، ثُمَّ قَالَ: ((أَظُنُّكُمْ سَمِعْتُمْ أَنَّ أَبَا عُبَيْدَةَ قَدِمَ بِشَيْءٍ مِنَ الْبَحْرَيْنِ)) فَقَالُوْا: أَجَل يَا رَسُوْلَ اللهِ، فَقَالَ: ((أَبْشِرُوْا وَأَمِّلُوْا مَا يَسُرُّكُمْ، فَوَاللهِ مَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ الدُّنْيَا عَلَيْكُمْ كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا، فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ))

Dari ‘Amr bin ‘Auf Al-Anshariy radhiyallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus Abu ‘Ubaidah Ibnul Jarrah radhiyallahu ‘anhu ke negeri Bahrain untuk mengambil upeti dari penduduknya (karena kebanyakan mereka adalah Majusi pent). Lalu dia kembali dari Bahrain dengan membawa harta. Maka orang-orang Anshar mendengar kedatangan Abu ‘Ubaidah. Lalu mereka bersegera menuju masjid untuk melaksanakan shalat shubuh bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam selesai shalat beliau pun berpaling (menghadap ke arah mereka). Lalu mereka menampakkan keinginannya terhadap apa yang dibawa Abu ‘Ubaidah dalam keadaan mereka butuh kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun tersenyum ketika melihat mereka.
Kemudian beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku menduga kalian telah mendengar bahwa Abu ‘Ubaidah telah datang dengan membawa sesuatu (harta) dari Bahrain.” Maka mereka menjawab, “Tentu Ya Rasulullah.” Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bergembiralah dan harapkanlah apa-apa yang akan menyenangkan kalian. Maka demi Allah! Bukan kemiskinan yang aku khawatirkan atas kalian. Akan tetapi aku khawatir akan dibentangkan dunia atas kalian sebagaimana telah dibentangkan atas orang-orang sebelum kalian. Lalu kalian pun berlomba-lomba padanya sebagaimana mereka berlomba-lomba padanya. Kemudian dunia itu akan menghancurkan kalian sebagaimana telah menghancurkan mereka.” (HR. Al-Bukhariy no.3158 dan Muslim no.2961)


Selain itu, kehidupan akhirat adalah suatu alam kehidupan di alam yang lain, dan kehidupan di sana bergantung pada amalan semasa hidupnya di dunia.  Baik amalan di dunia maka baik lah amalan di akhirat, jika buruknya amalan semasa di dunia maka buruklah kehidupan di akhirat.  Kehidupan di akhirat juga membawa keuntungan kepada mereka-mereka yang sentiasa mempersiapkan diri semasa di dunia.




Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu pernah menangis melihat kesahajaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai beliau hanya tidur di atas selembar tikar tanpa dialasi apapun. Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:
فَرَأَيْتُ أَثَرَ الْحَصِيْرِ فِي جَنْبِهِ فَبَكَيْتُ. فَقَالَ: مَا يُبْكِيْكَ؟ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنَّ كِسْرَى وَقَيْصَرَ فِيْمَا هُمَا فِيْهِ وَأَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. فَقَالَ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُوْنَ لَهُمُ الدُّنْيَا وَلَنَا اْلآخِرَةُ؟
Aku melihat bekas tikar di lambung/rusuk beliau, maka aku pun menangis, hingga mengundang tanya beliau, “Apa yang membuatmu menangis?” Aku menjawab, “Wahai Rasulullah, sungguh Kisra (raja Persia, –pent.) dan Kaisar (raja Romawi –pent.) berada dalam kemegahannya, sementara engkau adalah utusan Allah [2].” Beliau menjawab, “Tidakkah engkau ridha mereka mendapatkan dunia sedangkan kita mendapatkan akhirat?” (HR. Al-Bukhari no. 4913 dan Muslim no. 3676)


Dalam kesempatan yang sama, Umar ibnul Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Nabinya:
ادْعُ اللهَ فَلْيُوَسِّعْ عَلَى أُمَّتِكَ فَإِنَّ فَارِسَ وَالرُّوْمَ وُسِّعَ عَلَيْهِمْ وَأُعْطُوا الدُّنْيَا وَهُمْ لاَ يَعْبُدُوْنَ اللهَ. وَكَانَ مُتَّكِئًا فَقَالَ: أَوَفِي شَكٍّ أَنْتَ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، أُولَئِكَ قَوْمٌ عُجِّلَتْ لَهُمْ طَيِّبَاتُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
Mohon engkau wahai Rasulullah berdoa kepada Allah agar Allah memberikan kelapangan hidup bagi umatmu. Sungguh Allah telah melapangkan (memberi kemegahan) kepada Persia dan Romawi, padahal mereka tidak beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” Rasulullah meluruskan duduknya, kemudian berkata, “Apakah engkau dalam keraguan, wahai putra Al-Khaththab? Mereka itu adalah orang-orang yang disegerakan kesenangan (kenikmatan hidup/rezeki yang baik- baik) mereka di dalam kehidupan dunia [3] ?” (HR. Al-Bukhari no. 5191 dan Muslim no. 3679)


 Dalam surah Al-Ahqaaf, ayat 20;
[46:20] Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): "Kamu telah menghabiskan rezkimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan karena kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan karena kamu telah fasik". 

 
عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: جَلَسَ رَسُوْلُ اللهِ عَلَى الْمِنْبَرِ، وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ، فَقَالَ: ((إِنَّ مِمَّا أَخَافُ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِي مَا يُفْتَحُ عَلَيْكُمْ مِنْ زَهْرَةِ الدُّنْيَا وَزِيْنَتِهَا))
Dari Abu Sa’id Al-Khudriy radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam duduk di atas mimbar dan kami pun duduk di sekitar beliau. Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya di antara yang paling aku takutkan atas kalian sepeninggalku adalah ketika dibukakan atas kalian keindahan dunia dan perhiasannya.” (HR. Al-Bukhariy no.1465 dan Muslim no.1052)


 (akan bersambung)

People who read this post also read :



Tiada ulasan: