Rabu, 20 Januari 2010

Syukur suatu kalimah azimat...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...semoga kalian dilimpahi rahmatNya serta diberi taufik, inayah dan hidayahNya agar seluruh kehidupan ini mengikut apa yang disusunNya...



Apabila aku cuba membuka tajuk "Syukur suatu kalimah azimat", masih tergiang-giang sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Opick yang berjudul Alhamdulillah. Aku masih teringat akan anak-anak saudara ku, kalau sebut sahaja Alhamdulillah, pasti sahaja mereka akan menyayikan lagu ini sampai habis....kelakar bukan?tetapi begitulah keadaannya anak-anak, mereka lebih sedar akan maksud syukur daripada kita hari ini.
Aku cuba petik lirik tersebut untuk renungan kalian, kalau tidak pun anda boleh download lagu tersebut DISINI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Opick - Alhamdulillah feat Amanda.mp3


Bersujud kepada Allah

Bersyukur sepanjang waktu

Setiap nafasmu, seluruh hidupmu

Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah

Menjaga keikhlasannya

Semoga dirimu, semoga langkahmu

Diiringi oleh rahmatNya

Setiap nafasmu, seluruh hidupmu

Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah

Besyukur padamu ya Allah

Kau jadikan kami saudara

Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah

Bersyukur sepanjang waktu

Setiap nafasmu, seluruh hidupmu

Semoga diberkahi Allah

Semoga dirimu semoga langkahmu

Diriringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah

Besyukur padamu ya Allah

Kau jadikan kami saudara

Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah

Besyukur padamu ya Allah

Kau jadikan kami saudara

Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah

Bersyukur padamu ya Allah

Bersujud kepada Allah

Bersyukur sepanjang waktu


Koleksi Amanda, Opick yang lain.
Download mp3 & lirik lagu Opick feat Amanda – Alhamdulillah
Free Download MP3




Lagu ini terus bermain dengan alunan, rentak dan irama muzik didalam mindaku. Sebenarnya bukan ini yang aku cuba utarakan. Lagu ini hanyalah sekadar halwa telinga sahaja tetapi maksud yang disampaikan juga boleh dijadikan suatu renungan.



Kalau dilihat didalam hadis mahupun Al-Quran, terlalu banyak yang menerangkan tentang syukur.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:
مَنْ صَنَعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفًا فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَا يَجْزِي بِهِ فَلْيُثْنِ فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ وَمَنْ تَحَلَّى بِمَا لَمْ يُعْطَ كَانَ كَلاَبِسِ ثَوْبَيْ زُوْرٍ
“Barangsiapa yang diberikan kebaikan kepadanya hendaklah dia membalasnya dan jika dia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya hendaklah dia memujinya. Karena jika dia memujinya sungguh dia telah berterima kasih dan jika dia menyembunyikannya sungguh dia telah kufur. Dan barangsiapa yang berhias dengan sesuatu yang dia tidak diberi, sama halnya dengan orang yang memakai dua baju kedustaan.” (HR. Abu Dawud no. 4179, At-Tirmidzi no. 1957 dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu 'anhuma)

Dalil syukur ada pada ayat dalam surah An-Naml (semut) yakni surah 27 ayat 40.

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)

Di sini Nabi Sulaiman tatkala melihat singgahsana Balqis dibawa dari Yaman ke Palestin; baginda berkata "Inilah limpah kurnia daripada Tuhnku kerana hendak menguji aku sama ada aku daripada kalangan orang-orang yang bersyukur atau tidak" Baginda sedikitpun tidak merasa bahawa baginda berkuasa, sebaliknya Allahlah yang berkuasa.



وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيْدٌ
“Dan ingatlah ketika Rabb kalian memaklumkan: Jika kalian bersyukur niscaya Kami akan menambah (nikmat Kami) dan jika kalian mengkufurinya sungguh azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)
Dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha ia berkata:
أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُوْمُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَقَدْ غَفَرَ اللهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُوْنَ عَبْدًا شَكُوْرًا؟
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bangun di malam hari sampai pecah-pecah kedua kaki beliau lalu ‘Aisyah berkata: ‘Ya Rasulullah, kenapa engkau melakukan yang demikian, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang telah lewat dan akan datang?’ Beliau menjawab: ‘Apakah aku tidak suka menjadi hamba yang bersyukur?’” (HR. Al-Bukhari no 4660 dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha).




Tetapi aku terlalu hairan melihat perangai manusia sekarang, diberi segala keperluan, semuanya serba lengkap. Ada pakaian, ada pasangan hidup, ada kenderaan, makanan yang mencukupi, ada anak-anak dan juga ada tempat tinggal. Tetapi masih mencari kemewahan, yang kononnya menjamin masa depan. Tidakkah kalian sedar, semuanya hanyalah pinjaman yang bersifat sementara. Jika dibeli rumah, tanah dan segala aset yang ada, adakah kalian akan hidup selamanya? bolehkah harta tersebut dibawa kealam akhirat?





“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Apa yang ingin aku katakan adalah bukanlah bermaksud supaya kalian duduk di masjid dan beribadah sepanjang masa, tetapi jika duit yang lebih itu disedekah jariahkan kepada pembangunan Islam, ilmu-ilmu yang mendidik generasi muda dan memberi manfaat kepada mereka dan seterusnya doa anak yang soleh. Jika ibu bapa sekarang sudah tunggang-langgang, macam mana keadaannya anak-anak yang mengikut jejak nanti?kemana perginya kuah kalau tidak ke nasi?

Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (76) Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (77) Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (78) (Al-Qasas [28] : 76 -78)

Adakah dengan kebijaksanaan dan kemewahan sudah membuatkan anda menjadi Qarun? Siapa kata bahawasanya siQarun ini tidak taat kepada Allah? cuma yang silapnya si Qarun telah merampas kedudukan dari seorang hamba kepada Tuhan.

Seorang Ustaz yang amat aku hormati pernah berkata kedudukan seorang hamba itu ada peringkatnya iaitu ada hamba yang dibayar dengan gaji murah, ada hamba yang dibayar dengan gaji mahal dan ada juga hamba yang diletakkan pada tempatNya tetapi kenalah sedar bahawa darjat seorang hamba itu tetap adalah hamba cuma jangan sesekali mengaku bahawa kedudukan hamba itu pada kedudukan Tuhan kerana mana mungkin seorang hamba akan menjadi Tuhan, kerana hanya ada satu Tuhan sahaja yang layak disembah iaitu Allah S.W.T. Tiada yang lain selain dariNya dan tidak ada anak mahupun diperanakkan. Itulah iktikad kita sebagai umat Islam. Kekayaan dan Kemewahan itu datang daripadaNya dan kepadaNya jualah ia dikembalikan. Jika anda mengaku bahawa kekayaan serta kemewahan itu adalah milik anda maka tunggulah kebinasaan daripadaNya.

"Jika tahu mengambil maka hendaklah tahu cara memulangkannya", itulah suatu falsafah yang diingatkan oleh guru-guru dahulukala.

Ingatlah wahai saudara-saudaraku seIslam, sesungguhnya harta, pangkat dan kekuasaan itu hanyalah bersifat sementara, jika digunakan kearah kerosakan dan kemaksiatan maka nantikanlah kebinasaan.

Akhir kalam, semoga kesedaran daripada jiwa yang bersih dan mulia dapat menyelamatkan kerohanian insan yang semakin reput ditelan zaman umat akhir zaman.

Selawat dan salam keatas junjungan mulia kami nabi serta rasul akhir zaman, pelengkap sekalian rasul, Muhammad S.A.W, isteri-isteri baginda, serta keturunannya, sahabat-sahabat rasulullah serta awlia-awlia dan mukmin-mukmin yang memperjuangkan serta memegang amanah dengan erat sehingga ke hari ini.

sekian, wassalam.

People who read this post also read :



Tiada ulasan: