Khamis, 7 Januari 2010

Merokok dan Tak Merokok...





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam satu malaysia.....hik..hik..hik... camne lah aku terpikir untuk ucapkan salam satu malaysia tu kan? tapi takde hal lah sebab aku tidak memihak mane-mane parti politik...dan satu lagi aku menghormati Perdana Menteri Malaysia sekarang nih...sape ek?..korang pikirlah sendiri....

Tetiba jek aku terpikir untuk buat tajuk "Merokok dan Tak Merokok". Tajuk ini bukanlah untuk menghentam perokok-perokok tegar di Malaysia khususnya atau Dunia amnya. Tetapi sekadar berkongsi pendapat sesama insan. Dan tidak pula aku terpikir untuk menyokong mereka yang merokok tetapi sekadar mengatakan "Kamu dengan dunia Mu, aku dengan caraku...dan cara kita berbeza"...

Sebenarnya dunia hari ini terbahagi kepada dua, dunia orang merokok dan tidak merokok, pelbagai provokasi dan pendapat yang menghentam perokok-perokok ini termasuklah isu kesihatan, kemanusiaan dan sebagainya. Antara usaha kerajaan kita yang agak keterlaluan ialah meletakkan iklan akibat merokok, contohnya kanser paru-paru, bayi yang kelahirannya terencat dan macam-macam lagi.




Tujuan aku bukanlah untuk mengutuk langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia tetapi sekadar mengulas suatu tindakan yang boleh dianggap keterlaluan tetapi masih tidak dapat menyedarkan rakyat Malaysia, kerana perokok-perokok Malaysia kini telah beralih arah dengan membeli rokok Gudang Garam...





Mungkin kerana kotak rokok Gudang Garam tidak dicetak dengan gambar-gambar yang menakutkan dan yang paling jelas adalah harganya yang agak murah dan mudah dicari.

Tetapi sebenarnya rokok bukanlah suatu ancaman yang merbahaya kerana sebagai umat Islam kita perlu yakin dan percaya bahawa ajal dan maut ditangan Tuhan bukanlah ditangan rokok. Sebenarnya rokok hanya menganggu mereka yang tidak merokok dan tidak suka kepada perokok. Bagi aku asap rokok bukanlah suatu yang menganggu aku, mungkin kerana rakan-rakan aku terdiri daripada mereka yang merokok.

Justeru itu, tidak perlulah aku huraikan bab merokok itu haram ( anda boleh baca disini: Merokok itu haram)kerana aku bukanlah seorang penghukum dan yang pastinya aku bukanlah seorang ustaz atau mufti di Malaysia khususnya.

Seorang Ustaz yang amat aku hormati dan segani juga merupakan seorang perokok. Beliau pernah berkata pada aku "jika merokok itu dapat mengingatkan kita pada kebesaran tuhan serta kasih sayang Allah maka itu lebih baik daripada mereka yang tidak merokok dan langsung tidak mahu mengingati Allah". Itu bagi mereka yang betul-betul mengkaji nikmat dan rahmat Allah. Dan bagi aku seorang ulama serta tuan guru yang amat aku hormati dan segani iaitu Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah sesekali menghukum dan mengeluarkan hukum bahawa merokok itu adalah haram. Ada sebabnya.

Tetapi ini bukanlah suatu tanda aku menyokong mereka yang menghisap rokok! Tetapi jelas sekali di Malaysia khususnya, tiada usaha yang mengharamkan benda yang sudah termaktub adalah haram sejak zaman rasulullah lagi iaitu zina, berjudi, minum arak, membunuh dan sebagainya. Malah pusat-pusat hiburan tumbuh bagaikan cendawan. Tiada pula usaha mufti-mufti ataupun ustaz-ustaz daripada al-azhar yang menentang gejala ini sekeras-kerasnya kerana perkara inilah yang kini menjahanamkan anak bangsa kita hari ini.



Mungkin kerana ustaz-ustaz hari ini lebih suka menghukum kumpulan-kumpulan yang membawa fahaman yang berbeza contohnya fahaman sufi, tarekat, mazhab, ahli zikir dan sebagainya lagi. Sampaikan seorang guru yang ternyata daripada salahsilah rasulullah (ahlul bait)juga dikecam hebat kerana membawa zikir-zikir tertentu.

Berbalik kepada soal merokok dan tidak merokok, maafkan daku kerana telah melencong agak jauh. Apa yang penting adalah menjaga diri kita sendiri serta tidak membiarkan pegangan asal kita bergoyang kerana isu merokok ini. Mereka yang merokok biarlah mereka dengan dunia mereka, apa yang penting adalah usaha anda untuk menghindar jika tidak suka keadaan sebegitu.

Bagi aku asap rokok langsung tidak memberi sebarang kesan kerana itulah kepercayaan dan pegangan aku.....selama 10 tahun aku berkawan dengan mereka yang merokok dan bila aku pergi x-ray paru-paru aku untuk medical check-up dan ternyata paru-paru aku masih sihat dan kuat. Apa yang pasti adalah pegangan anda, jika anda mengatakan asap rokok itu boleh membawa kecelakaan dan petaka pada anda maka begitulah jua akibatnya. Kerana guru ku pernah berkata "Tuhan mengikut prasangka hambanya". Jika anda berfikir bala bencana maka akibatnya adalah bala bencana dan jika anda berfikir suatu rahmat maka akibatnya juga adalah suatu rahmat.....susah bukan? Kerana dari segi ilmu saintifik mengatakan sesuatu berdasarkan logik akal dan hasil kajian yang mendalam. Tetapi ilmu Allah itu melangkaui batas pemikiran makhluk yang bernama manusia bukan?...Tetapi jika anda fikir diri anda sihat...maka sihatlah anda...tetapi jika rasa itupun anda boleh tertipu...bagaimana pula?

Merokok bagi aku bukanlah suatu kebaikan tetapi jika diberi pilihan, aku akan memilih tidak merokok kerana:-
1. Jimat duit belanja.
2. Tidak menganggu perasaan orang lain (expecially my family la)
3. Nabi tak pernah merokok (boleh kut bagi alasan chegini?;p)

Oleh yang demikian, maka pilihlah untuk tak merokok kerana itulah yang sebaiknya.

Sekian...

Wassalam.

People who read this post also read :



Tiada ulasan: