Selasa, 19 Januari 2010

Madah Bicara..Mainan Bahasa...



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....dan salam sejahtera keatas umat manusia seluruh alam maya dan nyata, semoga kalian dirahmati dan diberkati Sang Pencipta Yang Maha Permurah lagi Maha Pengasihani...

Ada kalanya untuk memulakan suatu topik memerlukan suatu idea yang bernas dan ada kalanya hanya secara sepontan sahaja...tetapi yang pastinya...semua idea dan ilham datang dariNya jua...segala kudrat dan iradat ku pasrah hanya kepadaNya...Rabbul Izatti. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang bermain dimindaku, dijiwaku dan dihatiku....

Topik yang cuba aku utarakan ialah "Madah Bicara...Mainan Bahasa". Aku cuba mendalami segala maksud dan iramanya. Aku sendiri diserang buntu...hahaha. Tulah akibatnya main petik jek tajuk yang nak dikupaskan. Sebenarnya aku tertarik dengan komen-komen dan 'statement' yang diposkan pada wall Facebook. Kekadang ada orang suka dengan aktiviti copy and paste iaitu suatu gejala daripada sekolah-sekolah, kolej-kolej mahupun universiti. Apabila tertarik sahaja dengan suatu ayat, artikal mahupun suatu statement maka terus di copy and paste nya pada facebook ataupun blog-blog tanpa memikirkan akibat dan dimana sumbernya. Asal kan artikel itu menarik dan menyeronokkan serta mengundang kontrovosi dan provoksi.

عن اسامة بن زيد، رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (ما تركت بعدى فتنة هى أضر على الرجال من النساء)

( البخاري و مسلم و احمد والترمذى والنساء وابن ماجه)

-Dari Usamah bin Zaid R.A, bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak ada sesuatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela – selepas wafatku – terhadap kaum lelaki, selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum perempuan”

Hadis Sahih Riwayat Bukhari, Muslim,Ahmad,Tirmizi , Nasai dan Ibnu Majah.

Tetapi itulah kenyataannya, Fitnah Akhir Zaman yang kini melanda umat Islam secara terang-terangan. Malah, tanpa rasa segan silu suatu berita itu disebarkan tanpa mengetahui dalilnya atau asal usul cerita tersebut serta kebenarannya. Menjadi suatu budaya masyarakat kita yang begitu mudah terpengaruh dengan suatu cerita yang digembar-gemburkan didalam laman web, blog mahupun email.



Rasulullah S.A.W bersabda:-

"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan di dalam Shahihnya :

Ishaq bin Manshur menuturkan kepada saya. Dia berkata; Abu Dawud at-Thoyalisi mengabarkan kepada saya. Dia berkata; Ibrahim bin Sa’d menuturkan kepada kami dari ayahnya, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan terjadi fitnah/gempuran cobaan, orang yang tidur disaat itu lebih baik daripada orang yang terjaga. Orang yang terjaga lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada yang berlari. Maka barangsiapa yang mendapatkan tempat kembali atau untuk berlindung hendaknya dia segera mencari perlindungan dengannya.” (Diriwayatkan pula oleh al-Bukhari dalam Shahihnya di Kitab al-Fitan, bab maa takuunu fitnatul qa’id fiha khairun minal qaa’im [hadits no. 7081], diterjemahkan dari Shahih Muslim set Darul Kutub Ilmiyah, hal. 1105).



Memang aku akui, sekarang dah jadi satu trend blogger, semuanya berebut-rebut untuk menulis blog tanpa sedar isi kandungannya yang masih samar dan mempunyai agenda tertentu dan secara tidak langsung daripada pemerhatian ku begitu ramai yang lebih suka dengan gejala copy and paste, asalkan blog mereka tidak sunyi daripada artikel. Dan aku juga sedar tidak ramai yang ada bakat untuk memberi pendapat yang lebih baik kerana terlalu ramai yang suka mengkritik dan mengutuk pendapat seseorang daripada memberi suatu nasihat atau pun pendapat serta idea yang ilmiah iaitu sesuatu yang boleh dikongsi untuk suatu kebaikan dan kearah pembangunan insani.

Aku tertarik dengan suatu statement yang aku ambil daripada facebook rakan ku yang berbunyi begini; "cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya", bukanlah niat aku untuk mengkritik sesuatu mesej yang ingin disampaikannya tetapi bagi aku ayat tersebut walaupun pendek tetapi implikasinya terlalu besar. Jikalau dipandang sekali imbas...kata-kata sebegitu adalah biasa sahaja. Tetapi jika diteliti dan direnung, masya'Allah, mudahnya kalam sebegitu keluar. Persoalan pertamanya adalah; adakah kita sebagai orang awam dan umat nabi Muhammad S.A.W berhak untuk menghukum? atau jika diteliti dengan lebih halus lagi; adakah seorang hamba itu layak untuk duduk ditempat Tuhannya untuk menghukum? Bukankah itu suatu rampasan kuasa? Dan jika pergi lebih halus lagi....jika kamu sudah jadi Tuhan, dengan secara tidak sedarnya kamu telah mensyirikkan Allah...nauzubillahiminzalik....ya Allah ampunkan lah kalam yang keluar daripada mulut hambamu ini... Persoalan keduanya ialah untuk membuat suatu kebaikan kepada orang yang membuat kesalahan kepada kita yang tujuannya adalah untuk menyedarkannya tetapi dalam masa yang sama kita juga berhasrat supaya orang tersebut sedar akan kesilapannya tetapi kita lupa bahawa nabi kita sentiasa menyarankan umatnya bermaafan sesama insan dan dalam masa yang sama kita buat baik terhadap orang itu bukanlah kerana Allah tetapi hanya sekadar untuk balas dendam. Manakan boleh dua tujuan dalam satu iktikad. Dendam dan jalan ke hadratNya adalah bertentangan. Bukankah kita diingatkan oleh nabi kita supaya membuat sesuatu perkara itu hendaklah disandarkan kepada Allah dan bukan kepada makhluk?

Renung-renungkanlah wahai sahabatku, kita sentiasa berkata "Aku hanya menyembah Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Aku tidak sembah patung-patung, objek-objek ciptaan-Nya, hanya Allah sahaja Tuhanku". Tetapi dalam masa yang sama kita sering mendabik dada, menghukum pihak-pihak tertentu, mengeluarkan suatu kalam tanpa memikirkan akibatnya. Bukankah itu suatu rampasan KUASA? Sang hamba mahu jadi Sang Pencipta? Begitu mudah untuk jadi Firaun dan Iblis bukan?



Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, ampunkanlah hambamu ini Ya Allah, hambamu ini jahat ya Allah...ampunkanlah hambamu ini ya Allah..., hambamu ini sesat Ya Allah, bimbingkanlah Ya Allah. Hambamu ini jahil ya Allah, tunjukkanlah jalan kebenaran Mu ya Allah, hambamu ini banyak berdosa ya Allah..ampunkanlah...

Selawat dan salam ke atas nabi junjungan mulia kami, Muhammad S.A.W, para sahabat baginda, ahlul bait dan para perjuang yang memperjuangkan Islam hingga ke hari ini.

Ingatlah wahai saudaraku, kata-kata itu satu doa, apa sahaja kalam yang kamu keluarkan, sesungguhnya itu suatu doa, jadi berhati-hatilah dengan kalam supaya nanti tidak makan diri.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

“Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah,kerana sesungguhnya itu mengakibatkan hati menjadi keras. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang berhati keras”
(Riwayat Tarmizi)


Sekian sahaja blog kali ini "Madah Bicara...Mainan Bahasa".

Wassalam.

People who read this post also read :



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah memberkati perjuanganmu...