~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam satu malaysia....kini isu ini menjadi suatu isu yang sangat panas dan kecoh satu malaysia. Kerana ia menyentuh isu pegangan agama atau lebih tepat isu IMAN. Aku cuba untuk keluar daripada perasaan marah, tidak waras, ikut-ikutan, pengaruh politik, ekstrim dan sebagainya..kerana gaya penulisan ku adalah berkonsepkan santai. Apa yang penting anda tidak melatah didalam mengulas sesuatu pendapat kerana setiap kalam yang anda sematkan didalam bentuk huruf dan penulisan didalam blog akan mengambarkan siapa diri anda. Walaupun anda cuba memberikan pelbagai alasan tetapi itulah kenyataannya.
Setahu aku isu ini dah lama dan pernah dibahaskan di dalam parlimen tetapi tiada penyelesaian yang jitu lalu mendesak pihak gereja katolik membawa ke Mahkamah Tinggi dan mereka berjaya untuk menggunakan perkataan 'Allah' sebagai nama tuhan mereka. Persoalannya mengapa setelah diluluskan oleh mahkamah tinggi...baharu jadi kecoh? apakah propaganda yang cuba ditimbulkan?mengapa sebelum dibawa ke mahkamah tinggi, isu ini tidak diselesaikan? Bukanlah hasrat aku untuk menyimbah minyak ke atas API yang tengah marak...dan aku tidak sekali-kali mempersoalkan usaha dan tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Aku bersetuju dengan kata-kata ketua polis negara iaitu Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada kerana kerajaan Malaysia telah mengambil suatu tindakan dengan membawa isu ini ke Mahkamah Rayuan. Dan aku sebenarnya juga setuju dengan kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa isu Allah ini menyentuh kes sensitiviti umat Islam di Malaysia, walaupun diterima pakai oleh negara luar tetapi didalam malaysia penggunaan Allah adalah untuk umat Islam di Malaysia.
Seorang ustaz yang aku hormati pernah berkata berkaitan isu ini, jika umat Islam sendiri tidak mahu menyebut Allah sebagai tuhan mereka maka Allah sendiri memberi keizinan pada agama lain untuk meletakkan Allah sebagai tuhan mereka. Kalau kita lihat keadaan semasa, realiti hari ini, generasi muda umat Islam sekarang sudah jauh menyimpang dari jalan Islam itu sendiri. Isu seks bebas, minum arak, berhibur keterlaluan, gaya hidup barat dijulang tinggi, fahaman-fahaman luar dijadikan pegangan (black metal, skin head, punk dan sebagainya). Malah tidak kurang juga golongan ulama hari ini atau ustaz-ustaz atau mereka-mereka yang kononnya memperjuangkan Islam ataupun mereka-mereka yang ada kelulusan IPTA atau IPTS didalam pengajian agama, yang hari-hari bercakap soal agama dan Allah tetapi malangnya dalam masa yang sama perlakuan dan perbuatannya tidak selari dengan lisan serta kalam yang diucapkan...lebih tepat lagi ilmu dan amal tidak sejajar. Ilmu lebih seolah-olah merekalah tunjang agama tetapi amalan mereka kononnya rahsia. Adakah mereka sedar bahawa kelakuan itu menterjemahkan apa yang tersirat dihati mereka? apabila bercakap, masih lagi menonjolkan diri seolah-olah merekalah Al-Ghazali akhir zaman, rezeki melimpah ruah seolah-olah rezeki itu kurniaan Allah kerana memperjuangkan agama Islam, gelaran dato' diterima kononnya itulah jasa dan bakti mereka.
Aku tidaklah menafikan bahawa umat Islam di Malaysia tidak perlu terlalu agresif ataupun sensitif dalam isu ini. Tetapi ingatlah, jika anda marah kerana iman anda tercalar maka teruskanlah usaha anda, tetapi jika anda marah kerana ikut-ikutan, provokasi, dan tiada pendirian maka adalah lebih elok anda muhasabah diri kerana wajarkah anda marah kerana isu ini sedangkan anda sendiri juga kadang-kadang lalai dan leka dengan keindahan dan tipu-daya dunia yang bersifat sementara walaupun paling minima 5 kali sehari untuk menyebut kalimah tauhid yang agung dan tiada gandingannya iaitu Lailahailallahu Muhammadarrasulullah dan dalam masa yang sama amalkan ia didalam kehidupan anda. Jika benar kalimah ini pegangan anda, maka tiada lagi suara-suara yang mendabik diri, tiada lagi keluh-resah, tiada lagi suara-suara tidak puas hati, tiada lagi tindakan-tindakan bodoh dan sebagainya.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda : "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang yang bersama Islam ketika ianya dagang". (HR Muslim)
Akhir kalam, biarlah kerajaan malaysia selesaikan isu ini, apa yang penting sekarang banyakkanlah muhasabah diri. Adakah Islam itu sudah memadai dengan hanya membaca dari suatu artikel-artikel, buku-buku, internet atau sebagainya?Adakah hanya dengan ada ijazah daripada universiti-universiti sudah melayakkan anda untuk bercakap soal Islam dengan lantangnya?Adakah dengan kelayakkan-kelayakkan tertentu itu sudah meletakkan diri anda sebagai pejuang-pejuang Islam? Oleh yang demikian, tidak perlulah aku menjawab semua persoalan-persoalan diatas, kerana anda sendiri sudah tahu jawapannya...
Sekian..
Wassalam...
3 ulasan:
Biarkan para pemimpin kita yang menyelesaikan isu ini. Apa yang kita perlu lakukan, pertingkatkan Iman, dan berdoa semoga kita sentiasa berada di dalam lindungan-Nya...
salam...
syukran ziarah blog saya...
bagi saya isu ni utk alih perhatian saja oleh kerajaan Malaysia...
apa pun kita tentang habis habisan...
firman Allah "jika kamu bantu Allah , Allah bantu kamu"
salam perjuangan..
p/s : Boleh tukar2 link tak?
...................................
http://ashsyumul.blogspot.com/
Gnie:Ya betul...biarkan mereka selesaikan isu ini...
Putraz April:pendapat saudara itu ada kebenarannya kerana terlalu banyak isu yang berbangkit...tetapi untuk memperjuangkan sesuatu biarlah jelas matlamatnya...bukan ikut-ikutan atau dorongan nafsu...insya'Allah hanya iman sahaja yang tahu menilainya...link saudara sudah saya masuk ke dalam senarai blog saya...terima kasih atas komen anda...diharapkan bersabar kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya...
Catat Ulasan