Rabu, 20 Januari 2010
Syukur suatu kalimah azimat...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera...semoga kalian dilimpahi rahmatNya serta diberi taufik, inayah dan hidayahNya agar seluruh kehidupan ini mengikut apa yang disusunNya...
Apabila aku cuba membuka tajuk "Syukur suatu kalimah azimat", masih tergiang-giang sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Opick yang berjudul Alhamdulillah. Aku masih teringat akan anak-anak saudara ku, kalau sebut sahaja Alhamdulillah, pasti sahaja mereka akan menyayikan lagu ini sampai habis....kelakar bukan?tetapi begitulah keadaannya anak-anak, mereka lebih sedar akan maksud syukur daripada kita hari ini.
Aku cuba petik lirik tersebut untuk renungan kalian, kalau tidak pun anda boleh download lagu tersebut DISINI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Opick - Alhamdulillah feat Amanda.mp3
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan
Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Koleksi Amanda, Opick yang lain.
Download mp3 & lirik lagu Opick feat Amanda – Alhamdulillah
Free Download MP3
Lagu ini terus bermain dengan alunan, rentak dan irama muzik didalam mindaku. Sebenarnya bukan ini yang aku cuba utarakan. Lagu ini hanyalah sekadar halwa telinga sahaja tetapi maksud yang disampaikan juga boleh dijadikan suatu renungan.
Kalau dilihat didalam hadis mahupun Al-Quran, terlalu banyak yang menerangkan tentang syukur.
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam:
مَنْ صَنَعَ إِلَيْهِ مَعْرُوْفًا فَلْيَجْزِ بِهِ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَا يَجْزِي بِهِ فَلْيُثْنِ فَإِنَّهُ إِذَا أَثْنَى عَلَيْهِ فَقَدْ شَكَرَهُ وَإِنْ كَتَمَهُ فَقَدْ كَفَرَهُ وَمَنْ تَحَلَّى بِمَا لَمْ يُعْطَ كَانَ كَلاَبِسِ ثَوْبَيْ زُوْرٍ
“Barangsiapa yang diberikan kebaikan kepadanya hendaklah dia membalasnya dan jika dia tidak mendapatkan sesuatu untuk membalasnya hendaklah dia memujinya. Karena jika dia memujinya sungguh dia telah berterima kasih dan jika dia menyembunyikannya sungguh dia telah kufur. Dan barangsiapa yang berhias dengan sesuatu yang dia tidak diberi, sama halnya dengan orang yang memakai dua baju kedustaan.” (HR. Abu Dawud no. 4179, At-Tirmidzi no. 1957 dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu 'anhuma)
Dalil syukur ada pada ayat dalam surah An-Naml (semut) yakni surah 27 ayat 40.
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)
Di sini Nabi Sulaiman tatkala melihat singgahsana Balqis dibawa dari Yaman ke Palestin; baginda berkata "Inilah limpah kurnia daripada Tuhnku kerana hendak menguji aku sama ada aku daripada kalangan orang-orang yang bersyukur atau tidak" Baginda sedikitpun tidak merasa bahawa baginda berkuasa, sebaliknya Allahlah yang berkuasa.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيْدٌ
“Dan ingatlah ketika Rabb kalian memaklumkan: Jika kalian bersyukur niscaya Kami akan menambah (nikmat Kami) dan jika kalian mengkufurinya sungguh azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)
Dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha ia berkata:
أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُوْمُ مِنَ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ: لِمَ تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُوْلَ اللهِ، وَقَدْ غَفَرَ اللهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ أَكُوْنَ عَبْدًا شَكُوْرًا؟
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bangun di malam hari sampai pecah-pecah kedua kaki beliau lalu ‘Aisyah berkata: ‘Ya Rasulullah, kenapa engkau melakukan yang demikian, padahal Allah telah mengampuni dosamu yang telah lewat dan akan datang?’ Beliau menjawab: ‘Apakah aku tidak suka menjadi hamba yang bersyukur?’” (HR. Al-Bukhari no 4660 dari ‘Aisyah radhiyallahu 'anha).
Tetapi aku terlalu hairan melihat perangai manusia sekarang, diberi segala keperluan, semuanya serba lengkap. Ada pakaian, ada pasangan hidup, ada kenderaan, makanan yang mencukupi, ada anak-anak dan juga ada tempat tinggal. Tetapi masih mencari kemewahan, yang kononnya menjamin masa depan. Tidakkah kalian sedar, semuanya hanyalah pinjaman yang bersifat sementara. Jika dibeli rumah, tanah dan segala aset yang ada, adakah kalian akan hidup selamanya? bolehkah harta tersebut dibawa kealam akhirat?
“Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)
Apa yang ingin aku katakan adalah bukanlah bermaksud supaya kalian duduk di masjid dan beribadah sepanjang masa, tetapi jika duit yang lebih itu disedekah jariahkan kepada pembangunan Islam, ilmu-ilmu yang mendidik generasi muda dan memberi manfaat kepada mereka dan seterusnya doa anak yang soleh. Jika ibu bapa sekarang sudah tunggang-langgang, macam mana keadaannya anak-anak yang mengikut jejak nanti?kemana perginya kuah kalau tidak ke nasi?
Sesungguhnya Qarun adalah dia dari kaum Nabi Musa, kemudian dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Dia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (76) Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (77) Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (78) (Al-Qasas [28] : 76 -78)
Adakah dengan kebijaksanaan dan kemewahan sudah membuatkan anda menjadi Qarun? Siapa kata bahawasanya siQarun ini tidak taat kepada Allah? cuma yang silapnya si Qarun telah merampas kedudukan dari seorang hamba kepada Tuhan.
Seorang Ustaz yang amat aku hormati pernah berkata kedudukan seorang hamba itu ada peringkatnya iaitu ada hamba yang dibayar dengan gaji murah, ada hamba yang dibayar dengan gaji mahal dan ada juga hamba yang diletakkan pada tempatNya tetapi kenalah sedar bahawa darjat seorang hamba itu tetap adalah hamba cuma jangan sesekali mengaku bahawa kedudukan hamba itu pada kedudukan Tuhan kerana mana mungkin seorang hamba akan menjadi Tuhan, kerana hanya ada satu Tuhan sahaja yang layak disembah iaitu Allah S.W.T. Tiada yang lain selain dariNya dan tidak ada anak mahupun diperanakkan. Itulah iktikad kita sebagai umat Islam. Kekayaan dan Kemewahan itu datang daripadaNya dan kepadaNya jualah ia dikembalikan. Jika anda mengaku bahawa kekayaan serta kemewahan itu adalah milik anda maka tunggulah kebinasaan daripadaNya.
"Jika tahu mengambil maka hendaklah tahu cara memulangkannya", itulah suatu falsafah yang diingatkan oleh guru-guru dahulukala.
Ingatlah wahai saudara-saudaraku seIslam, sesungguhnya harta, pangkat dan kekuasaan itu hanyalah bersifat sementara, jika digunakan kearah kerosakan dan kemaksiatan maka nantikanlah kebinasaan.
Akhir kalam, semoga kesedaran daripada jiwa yang bersih dan mulia dapat menyelamatkan kerohanian insan yang semakin reput ditelan zaman umat akhir zaman.
Selawat dan salam keatas junjungan mulia kami nabi serta rasul akhir zaman, pelengkap sekalian rasul, Muhammad S.A.W, isteri-isteri baginda, serta keturunannya, sahabat-sahabat rasulullah serta awlia-awlia dan mukmin-mukmin yang memperjuangkan serta memegang amanah dengan erat sehingga ke hari ini.
sekian, wassalam.
Selasa, 19 Januari 2010
Madah Bicara..Mainan Bahasa...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....dan salam sejahtera keatas umat manusia seluruh alam maya dan nyata, semoga kalian dirahmati dan diberkati Sang Pencipta Yang Maha Permurah lagi Maha Pengasihani...
Ada kalanya untuk memulakan suatu topik memerlukan suatu idea yang bernas dan ada kalanya hanya secara sepontan sahaja...tetapi yang pastinya...semua idea dan ilham datang dariNya jua...segala kudrat dan iradat ku pasrah hanya kepadaNya...Rabbul Izatti. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang bermain dimindaku, dijiwaku dan dihatiku....
Topik yang cuba aku utarakan ialah "Madah Bicara...Mainan Bahasa". Aku cuba mendalami segala maksud dan iramanya. Aku sendiri diserang buntu...hahaha. Tulah akibatnya main petik jek tajuk yang nak dikupaskan. Sebenarnya aku tertarik dengan komen-komen dan 'statement' yang diposkan pada wall Facebook. Kekadang ada orang suka dengan aktiviti copy and paste iaitu suatu gejala daripada sekolah-sekolah, kolej-kolej mahupun universiti. Apabila tertarik sahaja dengan suatu ayat, artikal mahupun suatu statement maka terus di copy and paste nya pada facebook ataupun blog-blog tanpa memikirkan akibat dan dimana sumbernya. Asal kan artikel itu menarik dan menyeronokkan serta mengundang kontrovosi dan provoksi.
عن اسامة بن زيد، رضي الله عنه ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (ما تركت بعدى فتنة هى أضر على الرجال من النساء)
( البخاري و مسلم و احمد والترمذى والنساء وابن ماجه)
-Dari Usamah bin Zaid R.A, bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak ada sesuatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela – selepas wafatku – terhadap kaum lelaki, selain daripada fitnah yang berpunca dari kaum perempuan”
Hadis Sahih Riwayat Bukhari, Muslim,Ahmad,Tirmizi , Nasai dan Ibnu Majah.
Tetapi itulah kenyataannya, Fitnah Akhir Zaman yang kini melanda umat Islam secara terang-terangan. Malah, tanpa rasa segan silu suatu berita itu disebarkan tanpa mengetahui dalilnya atau asal usul cerita tersebut serta kebenarannya. Menjadi suatu budaya masyarakat kita yang begitu mudah terpengaruh dengan suatu cerita yang digembar-gemburkan didalam laman web, blog mahupun email.
Rasulullah S.A.W bersabda:-
"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."
Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan di dalam Shahihnya :
Ishaq bin Manshur menuturkan kepada saya. Dia berkata; Abu Dawud at-Thoyalisi mengabarkan kepada saya. Dia berkata; Ibrahim bin Sa’d menuturkan kepada kami dari ayahnya, dari Abu Salamah, dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu-, dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan terjadi fitnah/gempuran cobaan, orang yang tidur disaat itu lebih baik daripada orang yang terjaga. Orang yang terjaga lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri lebih baik daripada yang berlari. Maka barangsiapa yang mendapatkan tempat kembali atau untuk berlindung hendaknya dia segera mencari perlindungan dengannya.” (Diriwayatkan pula oleh al-Bukhari dalam Shahihnya di Kitab al-Fitan, bab maa takuunu fitnatul qa’id fiha khairun minal qaa’im [hadits no. 7081], diterjemahkan dari Shahih Muslim set Darul Kutub Ilmiyah, hal. 1105).
Memang aku akui, sekarang dah jadi satu trend blogger, semuanya berebut-rebut untuk menulis blog tanpa sedar isi kandungannya yang masih samar dan mempunyai agenda tertentu dan secara tidak langsung daripada pemerhatian ku begitu ramai yang lebih suka dengan gejala copy and paste, asalkan blog mereka tidak sunyi daripada artikel. Dan aku juga sedar tidak ramai yang ada bakat untuk memberi pendapat yang lebih baik kerana terlalu ramai yang suka mengkritik dan mengutuk pendapat seseorang daripada memberi suatu nasihat atau pun pendapat serta idea yang ilmiah iaitu sesuatu yang boleh dikongsi untuk suatu kebaikan dan kearah pembangunan insani.
Aku tertarik dengan suatu statement yang aku ambil daripada facebook rakan ku yang berbunyi begini; "cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap kita ialah dengan berbuat baik kepadanya", bukanlah niat aku untuk mengkritik sesuatu mesej yang ingin disampaikannya tetapi bagi aku ayat tersebut walaupun pendek tetapi implikasinya terlalu besar. Jikalau dipandang sekali imbas...kata-kata sebegitu adalah biasa sahaja. Tetapi jika diteliti dan direnung, masya'Allah, mudahnya kalam sebegitu keluar. Persoalan pertamanya adalah; adakah kita sebagai orang awam dan umat nabi Muhammad S.A.W berhak untuk menghukum? atau jika diteliti dengan lebih halus lagi; adakah seorang hamba itu layak untuk duduk ditempat Tuhannya untuk menghukum? Bukankah itu suatu rampasan kuasa? Dan jika pergi lebih halus lagi....jika kamu sudah jadi Tuhan, dengan secara tidak sedarnya kamu telah mensyirikkan Allah...nauzubillahiminzalik....ya Allah ampunkan lah kalam yang keluar daripada mulut hambamu ini... Persoalan keduanya ialah untuk membuat suatu kebaikan kepada orang yang membuat kesalahan kepada kita yang tujuannya adalah untuk menyedarkannya tetapi dalam masa yang sama kita juga berhasrat supaya orang tersebut sedar akan kesilapannya tetapi kita lupa bahawa nabi kita sentiasa menyarankan umatnya bermaafan sesama insan dan dalam masa yang sama kita buat baik terhadap orang itu bukanlah kerana Allah tetapi hanya sekadar untuk balas dendam. Manakan boleh dua tujuan dalam satu iktikad. Dendam dan jalan ke hadratNya adalah bertentangan. Bukankah kita diingatkan oleh nabi kita supaya membuat sesuatu perkara itu hendaklah disandarkan kepada Allah dan bukan kepada makhluk?
Renung-renungkanlah wahai sahabatku, kita sentiasa berkata "Aku hanya menyembah Allah, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, Aku tidak sembah patung-patung, objek-objek ciptaan-Nya, hanya Allah sahaja Tuhanku". Tetapi dalam masa yang sama kita sering mendabik dada, menghukum pihak-pihak tertentu, mengeluarkan suatu kalam tanpa memikirkan akibatnya. Bukankah itu suatu rampasan KUASA? Sang hamba mahu jadi Sang Pencipta? Begitu mudah untuk jadi Firaun dan Iblis bukan?
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, ampunkanlah hambamu ini Ya Allah, hambamu ini jahat ya Allah...ampunkanlah hambamu ini ya Allah..., hambamu ini sesat Ya Allah, bimbingkanlah Ya Allah. Hambamu ini jahil ya Allah, tunjukkanlah jalan kebenaran Mu ya Allah, hambamu ini banyak berdosa ya Allah..ampunkanlah...
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan mulia kami, Muhammad S.A.W, para sahabat baginda, ahlul bait dan para perjuang yang memperjuangkan Islam hingga ke hari ini.
Ingatlah wahai saudaraku, kata-kata itu satu doa, apa sahaja kalam yang kamu keluarkan, sesungguhnya itu suatu doa, jadi berhati-hatilah dengan kalam supaya nanti tidak makan diri.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah,kerana sesungguhnya itu mengakibatkan hati menjadi keras. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang berhati keras”
(Riwayat Tarmizi)
Sekian sahaja blog kali ini "Madah Bicara...Mainan Bahasa".
Wassalam.
Sabtu, 9 Januari 2010
Isu Allah suatu petanda akhir zaman...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam satu malaysia....kini isu ini menjadi suatu isu yang sangat panas dan kecoh satu malaysia. Kerana ia menyentuh isu pegangan agama atau lebih tepat isu IMAN. Aku cuba untuk keluar daripada perasaan marah, tidak waras, ikut-ikutan, pengaruh politik, ekstrim dan sebagainya..kerana gaya penulisan ku adalah berkonsepkan santai. Apa yang penting anda tidak melatah didalam mengulas sesuatu pendapat kerana setiap kalam yang anda sematkan didalam bentuk huruf dan penulisan didalam blog akan mengambarkan siapa diri anda. Walaupun anda cuba memberikan pelbagai alasan tetapi itulah kenyataannya.
Setahu aku isu ini dah lama dan pernah dibahaskan di dalam parlimen tetapi tiada penyelesaian yang jitu lalu mendesak pihak gereja katolik membawa ke Mahkamah Tinggi dan mereka berjaya untuk menggunakan perkataan 'Allah' sebagai nama tuhan mereka. Persoalannya mengapa setelah diluluskan oleh mahkamah tinggi...baharu jadi kecoh? apakah propaganda yang cuba ditimbulkan?mengapa sebelum dibawa ke mahkamah tinggi, isu ini tidak diselesaikan? Bukanlah hasrat aku untuk menyimbah minyak ke atas API yang tengah marak...dan aku tidak sekali-kali mempersoalkan usaha dan tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Aku bersetuju dengan kata-kata ketua polis negara iaitu Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada kerana kerajaan Malaysia telah mengambil suatu tindakan dengan membawa isu ini ke Mahkamah Rayuan. Dan aku sebenarnya juga setuju dengan kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa isu Allah ini menyentuh kes sensitiviti umat Islam di Malaysia, walaupun diterima pakai oleh negara luar tetapi didalam malaysia penggunaan Allah adalah untuk umat Islam di Malaysia.
Seorang ustaz yang aku hormati pernah berkata berkaitan isu ini, jika umat Islam sendiri tidak mahu menyebut Allah sebagai tuhan mereka maka Allah sendiri memberi keizinan pada agama lain untuk meletakkan Allah sebagai tuhan mereka. Kalau kita lihat keadaan semasa, realiti hari ini, generasi muda umat Islam sekarang sudah jauh menyimpang dari jalan Islam itu sendiri. Isu seks bebas, minum arak, berhibur keterlaluan, gaya hidup barat dijulang tinggi, fahaman-fahaman luar dijadikan pegangan (black metal, skin head, punk dan sebagainya). Malah tidak kurang juga golongan ulama hari ini atau ustaz-ustaz atau mereka-mereka yang kononnya memperjuangkan Islam ataupun mereka-mereka yang ada kelulusan IPTA atau IPTS didalam pengajian agama, yang hari-hari bercakap soal agama dan Allah tetapi malangnya dalam masa yang sama perlakuan dan perbuatannya tidak selari dengan lisan serta kalam yang diucapkan...lebih tepat lagi ilmu dan amal tidak sejajar. Ilmu lebih seolah-olah merekalah tunjang agama tetapi amalan mereka kononnya rahsia. Adakah mereka sedar bahawa kelakuan itu menterjemahkan apa yang tersirat dihati mereka? apabila bercakap, masih lagi menonjolkan diri seolah-olah merekalah Al-Ghazali akhir zaman, rezeki melimpah ruah seolah-olah rezeki itu kurniaan Allah kerana memperjuangkan agama Islam, gelaran dato' diterima kononnya itulah jasa dan bakti mereka.
Aku tidaklah menafikan bahawa umat Islam di Malaysia tidak perlu terlalu agresif ataupun sensitif dalam isu ini. Tetapi ingatlah, jika anda marah kerana iman anda tercalar maka teruskanlah usaha anda, tetapi jika anda marah kerana ikut-ikutan, provokasi, dan tiada pendirian maka adalah lebih elok anda muhasabah diri kerana wajarkah anda marah kerana isu ini sedangkan anda sendiri juga kadang-kadang lalai dan leka dengan keindahan dan tipu-daya dunia yang bersifat sementara walaupun paling minima 5 kali sehari untuk menyebut kalimah tauhid yang agung dan tiada gandingannya iaitu Lailahailallahu Muhammadarrasulullah dan dalam masa yang sama amalkan ia didalam kehidupan anda. Jika benar kalimah ini pegangan anda, maka tiada lagi suara-suara yang mendabik diri, tiada lagi keluh-resah, tiada lagi suara-suara tidak puas hati, tiada lagi tindakan-tindakan bodoh dan sebagainya.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw bersabda : "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang yang bersama Islam ketika ianya dagang". (HR Muslim)
Akhir kalam, biarlah kerajaan malaysia selesaikan isu ini, apa yang penting sekarang banyakkanlah muhasabah diri. Adakah Islam itu sudah memadai dengan hanya membaca dari suatu artikel-artikel, buku-buku, internet atau sebagainya?Adakah hanya dengan ada ijazah daripada universiti-universiti sudah melayakkan anda untuk bercakap soal Islam dengan lantangnya?Adakah dengan kelayakkan-kelayakkan tertentu itu sudah meletakkan diri anda sebagai pejuang-pejuang Islam? Oleh yang demikian, tidak perlulah aku menjawab semua persoalan-persoalan diatas, kerana anda sendiri sudah tahu jawapannya...
Sekian..
Wassalam...
Khamis, 7 Januari 2010
Merokok dan Tak Merokok...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam satu malaysia.....hik..hik..hik... camne lah aku terpikir untuk ucapkan salam satu malaysia tu kan? tapi takde hal lah sebab aku tidak memihak mane-mane parti politik...dan satu lagi aku menghormati Perdana Menteri Malaysia sekarang nih...sape ek?..korang pikirlah sendiri....
Tetiba jek aku terpikir untuk buat tajuk "Merokok dan Tak Merokok". Tajuk ini bukanlah untuk menghentam perokok-perokok tegar di Malaysia khususnya atau Dunia amnya. Tetapi sekadar berkongsi pendapat sesama insan. Dan tidak pula aku terpikir untuk menyokong mereka yang merokok tetapi sekadar mengatakan "Kamu dengan dunia Mu, aku dengan caraku...dan cara kita berbeza"...
Sebenarnya dunia hari ini terbahagi kepada dua, dunia orang merokok dan tidak merokok, pelbagai provokasi dan pendapat yang menghentam perokok-perokok ini termasuklah isu kesihatan, kemanusiaan dan sebagainya. Antara usaha kerajaan kita yang agak keterlaluan ialah meletakkan iklan akibat merokok, contohnya kanser paru-paru, bayi yang kelahirannya terencat dan macam-macam lagi.
Tujuan aku bukanlah untuk mengutuk langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia tetapi sekadar mengulas suatu tindakan yang boleh dianggap keterlaluan tetapi masih tidak dapat menyedarkan rakyat Malaysia, kerana perokok-perokok Malaysia kini telah beralih arah dengan membeli rokok Gudang Garam...
Mungkin kerana kotak rokok Gudang Garam tidak dicetak dengan gambar-gambar yang menakutkan dan yang paling jelas adalah harganya yang agak murah dan mudah dicari.
Tetapi sebenarnya rokok bukanlah suatu ancaman yang merbahaya kerana sebagai umat Islam kita perlu yakin dan percaya bahawa ajal dan maut ditangan Tuhan bukanlah ditangan rokok. Sebenarnya rokok hanya menganggu mereka yang tidak merokok dan tidak suka kepada perokok. Bagi aku asap rokok bukanlah suatu yang menganggu aku, mungkin kerana rakan-rakan aku terdiri daripada mereka yang merokok.
Justeru itu, tidak perlulah aku huraikan bab merokok itu haram ( anda boleh baca disini: Merokok itu haram)kerana aku bukanlah seorang penghukum dan yang pastinya aku bukanlah seorang ustaz atau mufti di Malaysia khususnya.
Seorang Ustaz yang amat aku hormati dan segani juga merupakan seorang perokok. Beliau pernah berkata pada aku "jika merokok itu dapat mengingatkan kita pada kebesaran tuhan serta kasih sayang Allah maka itu lebih baik daripada mereka yang tidak merokok dan langsung tidak mahu mengingati Allah". Itu bagi mereka yang betul-betul mengkaji nikmat dan rahmat Allah. Dan bagi aku seorang ulama serta tuan guru yang amat aku hormati dan segani iaitu Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah sesekali menghukum dan mengeluarkan hukum bahawa merokok itu adalah haram. Ada sebabnya.
Tetapi ini bukanlah suatu tanda aku menyokong mereka yang menghisap rokok! Tetapi jelas sekali di Malaysia khususnya, tiada usaha yang mengharamkan benda yang sudah termaktub adalah haram sejak zaman rasulullah lagi iaitu zina, berjudi, minum arak, membunuh dan sebagainya. Malah pusat-pusat hiburan tumbuh bagaikan cendawan. Tiada pula usaha mufti-mufti ataupun ustaz-ustaz daripada al-azhar yang menentang gejala ini sekeras-kerasnya kerana perkara inilah yang kini menjahanamkan anak bangsa kita hari ini.
Mungkin kerana ustaz-ustaz hari ini lebih suka menghukum kumpulan-kumpulan yang membawa fahaman yang berbeza contohnya fahaman sufi, tarekat, mazhab, ahli zikir dan sebagainya lagi. Sampaikan seorang guru yang ternyata daripada salahsilah rasulullah (ahlul bait)juga dikecam hebat kerana membawa zikir-zikir tertentu.
Berbalik kepada soal merokok dan tidak merokok, maafkan daku kerana telah melencong agak jauh. Apa yang penting adalah menjaga diri kita sendiri serta tidak membiarkan pegangan asal kita bergoyang kerana isu merokok ini. Mereka yang merokok biarlah mereka dengan dunia mereka, apa yang penting adalah usaha anda untuk menghindar jika tidak suka keadaan sebegitu.
Bagi aku asap rokok langsung tidak memberi sebarang kesan kerana itulah kepercayaan dan pegangan aku.....selama 10 tahun aku berkawan dengan mereka yang merokok dan bila aku pergi x-ray paru-paru aku untuk medical check-up dan ternyata paru-paru aku masih sihat dan kuat. Apa yang pasti adalah pegangan anda, jika anda mengatakan asap rokok itu boleh membawa kecelakaan dan petaka pada anda maka begitulah jua akibatnya. Kerana guru ku pernah berkata "Tuhan mengikut prasangka hambanya". Jika anda berfikir bala bencana maka akibatnya adalah bala bencana dan jika anda berfikir suatu rahmat maka akibatnya juga adalah suatu rahmat.....susah bukan? Kerana dari segi ilmu saintifik mengatakan sesuatu berdasarkan logik akal dan hasil kajian yang mendalam. Tetapi ilmu Allah itu melangkaui batas pemikiran makhluk yang bernama manusia bukan?...Tetapi jika anda fikir diri anda sihat...maka sihatlah anda...tetapi jika rasa itupun anda boleh tertipu...bagaimana pula?
Merokok bagi aku bukanlah suatu kebaikan tetapi jika diberi pilihan, aku akan memilih tidak merokok kerana:-
1. Jimat duit belanja.
2. Tidak menganggu perasaan orang lain (expecially my family la)
3. Nabi tak pernah merokok (boleh kut bagi alasan chegini?;p)
Oleh yang demikian, maka pilihlah untuk tak merokok kerana itulah yang sebaiknya.
Sekian...
Wassalam.
Selasa, 5 Januari 2010
Selamat Tahun Baru 2010...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum dan salam sejahtera....harapan aku agar belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia khususnya dan 'Happy New Year' for the world's....
Al-Maklumlah balik kampung sejak 24 December 2009 sampai la semalam iaitu 4 Januari 2010....bukan apa...cuma mau bertukar angin skali sekala....kekadang terbiasa dengan internet, astro dan kehidupan di malam hari warga Selangor atau Kuala Lumpur....
Life must goes on..rite?..Hidup mesti diteruskan....yang berlalu...biarlah berlalu...yang penting langkah di masa depan pasti ku susun dengan penuh rapi dan tersusun....tiada lagi perkataan 'Redah Aje', bukanlah bererti aku ingin menyusun hidup aku...kerana aku sedar...aku bukanlah Yang Maha Berkuasa...tetapi hidup itu ada pilihan...so bergantung pada anda untuk mencorakkannya....kalau anda inginkan warna biru..maka birulah jadinya...begitulah sebaliknya...
Aku masih teringat kata-kata seorang guru....kalau anda tahu air itu ada racun...dan anda sedar racun itu akan membinasakan anda maka hindarlah...jika diminum juga air tersebut maka terimalah akibatnya....lainlah jika anda tahu air itu ada racun tetapi anda pasti air itu tidak akan memberikan sebarang kesan pada anda....dan anda yakin bahawa hanya Allah sahaja yang layak menentukannya...maka jika anda minum maka tiada akibat yang anda terima...ya...ia semamangnya bergantung pada keyakinan diri serta bekalan pada diri yang ada pada diri anda.....sememang tidak semua perkara boleh diterima dek akal....Tetapi apa yang pasti...kenalilah kemampuan diri....jika diri kita berada pada tahap tadika...maka buatlah kerja yang bersesuaian dengan paras tadika...jika kemampuan diri kita berada pada peringkat sekolah rendah maka buatlah kerja yang sesuai dengan peringkat sekolah rendah....dan begitulah tahap selanjutnya...peringkat sekolah menengah...kemudian sijil....then diploma....degree...master then PHD....jika anda berada pada peringkat sekolah rendah tetapi inginkan suatu kerja yang berada pada peringkat degree maka binasalah diri...jadi perlulah kita sedar.....hidup ini mudah jika anda fikirkan ia mudah dan jadikan ia mudah...dan hidup ini susah jika anda fikirkan ia susah dan anda akan menjuruskan ia ke arah kesusahan....
Iaya....aku akui hidup ini penuh dengan misteri maka anda ada pilihan sama ada rungkaikan kemisterian itu atau biarkan ia berlalu tanpa mempedulikannya...jika anda berusaha untuk rungkaikan kemisterian itu maka tiadalah satu misteri bagi anda kerana anda tahu bagaimana untuk berdepan dengan hidup anda...
Contohnya begini....suatu malam yang hening....anda pulang berseorangan dari suatu tempat dengan berjalan kaki dan untuk sampai ke rumah anda......anda perlu melalui suatu tanah perkuburan...anda juga tahu ada jalan lain untuk sampai ke rumah anda tanpa melalui tanah perkuburan tersebut...tetapi jalan tersebut memerlukan suatu perjalanan yang jauh mungkin mengambil masa 4 kali ganda daripada jalan yang perlu anda lalui iaitu tanah perkuburan....oleh itu jika anda berfikir tanah perkuburan tersebut tidak akan memberi sebarang kesan atau akibat pada anda dan anda juga yakin hanya Allah sahaja layak untuk memberi kesan serta akibat pada anda maka perjalanan anda akan jadi mudah dan senang...tetapi jika anda fikirkan tanah perkuburan itu ada penghuni yang menakutkan dan pasti anda akan terima akibatnya...maka anda pasti akan memilih suatu perjalanan yang jauh untuk sampai ke rumah anda...dan anda pasti akan melalui suatu kesusahan kerana pilihan yang anda buat itu...dan gambaran hantu itu tetap terpahat serta menjadi satu tembok pemisah yang menghalang anda untuk memilih jalan yang mudah serta menjimatkan masa...mudah bukan?
Tetapi untuk mempunyai suatu tahap keyakinan seperti itu bukanlah suatu perkara yang mudah kerana suatu keyakinan memerlukan hati yang cekal serta jiwa yang mantap dan juga fizikal yang sihat....anda tidak boleh berpura-pura seolah-olah tahap keyakinan anda tinggi tetapi didalam hati anda masih tersembunyi perasaan was-was serta ragu-ragu...maka itulah perkara yang pasti akan menghancurkan anda...walaupun satu titik saiznya perasaan was-was itu tetapi ia mampu mengubah gerak hati anda...seterusnya diterjemahkan melalui perbuatan atau perlakuan dan percakapan tanpa anda menyedarinya bahawa anda sudah tertewas dengan keraguan anda sendiri...maka terimalah akibatnya...
Jadi terpulanglah kepada anda bagaimana untuk memupuk keyakinan dalam diri anda, sama ada memerlukan:-
1)Anda perlu untuk menghadiri suatu kelas atau kursus yang memerlukan bayaran yang agak mahal..
2)Mencari seorang mahaguru yang berada di suatu puncak gunung dan memerlukan anda menghabis wang, tenaga dan masa anda untuk berjumpa Mahaguru tersebut...
3)Mencari kenalan didalam internet yang membolehkan anda berdamping dengan beliau supaya beliau berkongsi ilmunya dengan anda...(don't ever think of me...ok?!;p)
4)Meluangkan suatu masa ditengah malam yang hening...tatkala semua orang memilih untuk tidur...tetapi anda bersihkan diri, ambil wudhuk...serta solat taubat, hajat, istikharah dan sebagainya bagi memohon petunjuk dari Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...bermunajat seikhlas hati anda supaya diberi kekuatan serta keyakinan yang luar biasa bagi menempuhi kehidupan yang mencabar tatkala ini....tanpa rasa jemu dan putus asa....
Segalanya bergantung pada anda...kerana untuk melakukan suatu perubahan memerlukan suatu pengorbanan yang jitu serta suatu azam dan nekad yang tinggi untuk meninggalkan pekerjaan yang sia-sia dan merosakkan anda...Walau apa pun cara anda bagi mencorakkan serta membentuk jati diri kehidupan anda untuk Tahun Baru 2010...saya dengan berbesar hati mengucapkan selamat maju jaya....
Apa yang perlu anda pastikan:-
1)Disiplinkan Diri
2)Fikirkan suatu kebaikan, buangkan kejahatan, kelemahan, serta sifat negatif yang membelenggu diri.
3)Gerak serta usaha untuk mendapatkannya dengan azam serta nekad yang tinggi...Insya'Allah..
4)Sabar, Redha dan banyakkan bersyukur kerana anda masih bernafas dan diberi tubuh yang sihat untuk melakukan suatu pekerjaan dan ibadah serta banyak melakukan kebajikan...
5)Jangan sesekali pandang kebelakang....life must goes on...rite?
6)Buat apa yang disuruh oleh Allah dan tinggal apa yang dilarangNya.
7)Kurangkan bercakap...banyakkan buat kerja dan amal....
8)Bertawakal kepadaNya....hanya kepadaNya...kerana Dialah yang berupaya mengerakkan hati manusia.
9)Jangan sesekali biarkan rasa was-was dan ragu-ragu membelenggu diri.....oleh itu...banyakkan lah berzikir dan berselawat...
Dan akhir sekali...jangan sia-siakan tahun 2010 berlalu begitu sahaja seperti tahun lepas-lepas....bangunlah dar tidur yang nyenyak itu.....Tahun ini mesti diisi serta dicorakkan dengan sesuatu yang bermanfaat...yang pasti wahai saudaraku...."DUNIA BELUM KIAMAT"...itu bermakna anda masih berpeluang....
Sekian...
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010...."Semoga tahun 2010 ini menjadi tahun yang terbaik dan gemilang berbanding tahun-tahun sudah...insya'Allah....aminnn ya rabbulalamin"
Wassalam..

Langgan:
Catatan (Atom)