Rabu, 4 Julai 2012

PHD a.k.a Penyakit Hasad Dengki


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia, penghulu segala nabi serta penutup sekalian nabi dan rasul iaitu nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, para sahabat baginda, ahlul bait, para ulama dan mukminin serta mukminat, muslimin dan muslimat serta seluruh pejuang kalimah tauhid Lailahailallah Muhammadur Rasulullah.

Semoga sahabat-sahabat dan para pembaca blog dirahmati dan diberkati Allah serta dilimpahkan akan rahmat, taufik, hidayah dan inayah dari Rabb sekalian Alam...insya'Allah.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan nama Muhammad kekasih Allah yang menjadi ikutan mulia serta pedoman kepada mereka yang mencari cahaya kebenaran.  Jauhilah kami dari bisikan syaitan yang direjam.

Penyakit hasad dengki merupakan penyakit hati yang sukar untuk diubati.  Hasad adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud dengki. Dalam laras bahasa Melayu, kedua-dua kalimah Arab dan Melayu ini digabungkan, mungkin sebagai kata penguat kepada kalimah pertama.

Mengikut Imam Al-Ghazali, dengki (hasad) adalah membenci kenikmatan yang diberikan Allah kepada orang lain dan ingin agar orang tersebut kehilangan kenikmatan itu.

Rasulullah saw bersabda :
"Hindarilah dengki kerana dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar." (HR Abu Daud).






Kebiasaannya begitulah kita cukup menjaga kesihatan tubuh badan. Semua inginkan tubuh badannya sihat, cergas dan bertenaga supaya dapat hidup ceria serta mampu bergerak ke sana sini dengan selesa.

Akan tetapi ada di kalangan kita tidak ambil peduli jika rohaninya sakit. Dibiarkan saja rohaninya sakit sekian lama tanpa berusaha mengubatinya. Ramai kurang memberi perhatian terhadap kesihatan rohani walaupun penyakit rohani lebih bahaya daripada penyakit moden.

Salah satu unsur rohani ialah hati. Hati memainkan peranan penting dalam tubuh badan manusia kerana elok hati maka eloklah manusia itu. Kotor hati, buruk akhlak manusia itu. Justeru, hati perlu dibersihkan selalu. Rohani sihat kerana hati sihat.

Allah tidak melihat manusia berdasarkan paras wajah yang cantik atau tampan. Allah tidak juga melihat akan kehebatan atau terkenalnya manusia itu dalam masyarakat atau negara. Yang Allah lihat ialah hatinya.

Sabda Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada badanmu, rupamu, tetapi langsung melihat kepada hati dan perbuatanmu.” � (Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu Allah sangat membenci orang yang membutakan hatinya. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.” � (Surah al-Araf, ayat 179)


Persoalannya; kenapa ada orang hasad dengki dengan kita?

Pernahkah kita mempersoalkan persoalan tersebut?  Kita harus sedar bahawa sepohon pokok tidak akan bergoyang kalau tidak ditiup angin.  Sebuah kereta tidak akan bergerak kalau tidak ada pemandu atau yang mengerakkannya.  Begitulah dengan penyakit hasad dengki ini.  Kalau tidak disemai benih hasad dengki maka tidak akan tumbuh ia didalam hati manusia.

Penyakit hasad dengki ini sudah wujud sejak Adam diciptakan lagi oleh Allah.  Iaitu peristiwa engkarnya Azazil (Iblis) setelah diperintahkan Allah supaya tunduk dan hormat pada Adam a.s.

Oleh yang demikian,  kita harus sedar bahawa penyakit hasad dengki ini jika dibiarkan subur didalam hati, ia akan menjadi seperti satu wabak yang merbahaya.   Walaupun sebesar zarah sekali pun, jika kita biar dan tidak cuba mencegah atau merawat, ia akan terus menggangu jiwa dan mengawal hati kita.

Kalau kita tidak semai akan benih hasad dengki dan kebencian dalam hati kita, insya'Allah akan dipelihara kita daripada dihasad dengki oleh orang lain.

Jawapan bagi persoalan tersebut adalah diri kita sendiri.  Jikalau kita tidak terlintas akan hasad dengki tersebut, maka tiada orang yang akan hasad dengki dengan kita...insya'Allah.  Oleh itu, bebaskanlah diri kita dari hasad dengki kerana hasad dengki juga mengakibatkan putusnya tali persaudaraan sesama islam, peperangan, pembunuhan dan sebagainya.
 

Orang yang disebut Allah dalam firman-Nya itu ternyata rohaninya (hatinya) tidak sihat dan tentunya berpenyakit. Apabila rohani berpenyakit maka berlakulah sifat bertentangan tuntutan agama dan lebih buruk lagi boleh mengakibatkan manusia itu ingkar kepada Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Di dalam hati mereka ada beberapa penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu, dan untuk mereka itu azab yang pedih kerana mereka telah berdusta.” � (Surah al-Bazarah, ayat 10)

Antara penyakit rohani yang cukup akrab menghinggapi orang Islam ialah hasad dengki, sombong, takbur, angkuh, buruk sangka, riak, bakhil, pendendam, kufur nikmat, cinta dunia, bangga diri dan sebagainya.

Sifat hasad dengki misalnya adalah sifat yang banyak membawa keburukan dan kemusnahan. Orang berpenyakit hasad dengki ini tidak suka melihat orang lain berjaya daripada dirinya, tidak kira dalam apa juga bidang. Dia akan berusaha sedaya upaya menjatuhkan atau menggagalkan orang yang lebih daripadanya itu. Dia akan melakukannya sehingga berjaya, iaitu sehingga musuhnya jatuh gagal dan tewas.

Allah sangat benci kepada orang yang ada penyakit hasad dengki dalam hatinya. Firman Allah yang bermaksud: “Mereka itu orang yang dikutuk Allah. Barang siapa yang dikutuk Allah maka tak akan engkau peroleh baginya penolong. Bahkan adalah bahagian dari kerajaan? Jika ada, mereka tiada mendatangkan kebajikan kepada manusia sedikit pun. Bahkan adalah mereka berhati hasad (iri dengki) kepada manusia, kerana Allah memberikan kurnia kepadanya? Sesungguhnya telah Kami berikan kepada keluarga Ibrahim Kitab dan hikmah dan Kami berikan kepada mereka kerajaan yang besar. Maka di antara mereka ada yang beriman kepadanya (Muhammad) dan di antara ada yang berpaling daripadanya. Cukuplah neraka jahanam yang menyala sebagai azab bagi mereka.” � (Surah an-Nisa’, ayat 52-55)

Rasulullah SAW juga memperingatkan dalam hadis Baginda yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering.” � (Hadis diriwayatkan Imam Abu Dawud)

Justeru, marilah kita menghindarkan diri kita dari ditimpa penyakit rohani yang bernama hasad dengki dan segera mengubatinya jika ada tanda demikian. Kikis sifat yang merugikan diri dan masyarakat Islam seluruhnya.

Bersihkan hati kita daripada sifat hasad dengki dan sifat lain yang dinyatakan. Sesungguhnya hidup akan lebih ceria, selesa dan sejahtera jika diri sihat dan rohani (hati) juga tidak berpenyakit. Kitalah yang menentukan berubah atau tidaknya diri kita.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri yang berusaha mengubah keadaannya (nasibnya).” � (Surah ar-Ra’d, ayat 11)

Tidak ada jalan lain untuk merawat dan mengubati hati yang dijangkiti penyakit hasad dengki ini melainkan kembali kepada fitrah manusia iaitu bertaubat dan sentiasa memohon keampunan kepada Allah S.W.T.

Terdapat Tujuh Faktor Kenapa Penyakit Hasad Dengki Menguasai Diri Manusia

Di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali ada disimpulkan tujuh faktor  yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut, iaitu:-

 1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

 2) Merasa Diri Mulia
 
 3) Takabbur

 4) Ujub

 5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

 6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

 7) Busuk Hati.

Huraian faktor-faktor tersebuat adalah seperti berikut.

Pertama : Perasaan Permusuhan dan Kebencian

Ini adalah sebab yang paling banyak menimbulkan kedengkian. Kerana sesiapa yang disakiti oleh seseorang lain atas sebab-sebab tertentu atau menyangkalnya dalam tujuan-tujuan tertentu lantaran alasan-alasan tertentu, hatinya pasti marah lalu membenci orang yang menyakitinya itu, maka tertanamlah bibit dengki dalam dirinya. Dengki mengundang perlakuan yang agresif untuk memuaskan hatinya.

Pendekkata perasaan hasad dengki sentiasa bergandingan dengan perasaan marah dan permusuhan. Semua manusia pada dasarnya memiliki sifat marah, kerana marah adalah salah satu tabiat manusia. maka agama tidak melarang marah, tetapi kita diperintahkan untuk dapat mengendalikan marah dan senantiasa menjadi pema’af.

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud : “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
(Surah Al-A’raaf ayat 199)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : ”Orang yang terkuat di kalangan kamu semua ialah orang yang dapat  mengalahkan hawa nafsunya di ketika dia marah dan orang yang tersabar ialah orang yang suka memberikan pengampunan di saat dia  berkuasa memberikan balasan (kejahatan orang yang menyakitinya)”
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Kedua : Merasa Diri Mulia

Perasaan ini manifestasinya ialah seseorang itu merasa keberatan kalau ada sesiapa yang dianggapnya mengatasi dirinya. Dia tidak rela kalau ada orang lain melebihinya. Kalau ada orang –orang sepertinya yang mendapat lebih pangkat, kuasa, ilmu dan harta, dia bimbang kalau-kalau orang tersebut akan bersikap sombong terhadapnya. Dia tidak boleh tahan dengan sikap mengatasi yang ditunjukkan oleh saingannya itu. Malah dia tidak boleh menerima apa yang dirasakannya sebagai sikap mengatasinya.

Ketiga : Takabbur

Jelasnya seorang itu mempunyai watak membesarkan diri terhadap orang lain, selalu memperkecilkan dan mempergunakan seseorang untuk kepentingan dirinya. Ia menganggarkan seseorang itu mematuhinya. Apabila orang berkenaan menerima atau memperolehi sesuatu kurnia ia khuatir kalau-kalau orang itu tidak lagi merelakan diri untuk mengikut arahannya. Akhirnya orang yang telah mendapat kurnia tersebut akan enggan mengikutinya, atau boleh jadi ia menganggap orang tersebut akan cuba pula menyainginya.

Allah S.W.T. berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : “Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi.”

Apabila kita meneliti maksud hadis ini, ia dengan jelas menyatakan bahawa kesombongan dan kebesaran itu hanya milik Allah s.w.t. semata-mata, tetapi bagaimanakah perasaan ini masih boleh timbul di dalam hati manusia?

Sebenarnya, perasaan sombong atau takabbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina.

Keempat : Ujub (bangga diri)

Terdapat tiga ciri-ciri ujub iaitu :

a. Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
 
b. Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.

c. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

Pernah Allah Subhanahu Wata’ala jelaskan kepada kita perihal umat-umat di zaman silam. Mereka merasa takjub dengan diri mereka sendiri. Hal ini menghalang mereka menurut kebenaran. Hujjah mereka selalunya ialah seperti yang tertera di dalam Al-Quran :-

“Bukankah kamu tak lebih dari manusia(biasa) seperti kami juga?”

Dan ungkapan yang berbunyi: “Dan mereka berkata adakah wajar kami mempercayai manusia yang seperti kami juga?”

Golongan tersebut merasa aneh melihat orang yang berjaya mendapat pangkat kerasulan, menerima wahyu dan martabat yang dekat di sisi Allah Subhanuahu Wata’ala ialah manusia seperti mereka. Sebab itu mereka menaruh rasa dengki kepada Rasul-Rasul tersebut.

Kelima : Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

Biasanya perasaan ini wujud dalam kalangan orang yang saling berlumba-lumba merebut sesuatu habuan. Tiap orang akan merasa dengki kepada saingannya apabila saingannya mendapat suatu kelebihan yang boleh membantu dirinya sahaja membolot habuan yang menjadi tujuan mereka tadi.

Keenam : Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

Umpamanya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi manusia pertama yang tidak ada tolok bandingnya dalam salah satu cabang seni. Apabila keghairahan terhadap pujian dan jolokan – bahawa dialah satu-satunya pakar yang tidak ada taranya di zaman itu – telah menguasai dirinya, tiba-tiba dia mendengar ada orang lain yang dapat menandinginya di tempat lain. Hal ini nescaya akan menyusahkan hati perutnya. Ia bercita-cita kalau tandinganya itu mati sahaja atau kemahirannya menurun dan pupus.

Ketujuh : Busuk Hati

Keadaan ini kalau ada pada seseorang maka ia akan bersikap tidak suka sesuatu kebaikan diperolehi oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan dihadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, sempit hatinya mendengar perihal tersebut. Akan tetapi apabila dinyatakan pula sebaliknya, umpama tentang kesusahan, kegagalan dan nasib malang menimpa orang lain maka ia merasa gembira dan suka hati.

Maha Benarlah Allah S.W.T yang telah berfirman;
"Di dalam hati mereka ada penyakit maka Allah tambahkan kepada mereka penyakit lainnya)." (QS Al-Baqarah : 10)

Oleh yang demikian, rawatlah penyakit hati kerana disitulah bermulanya penyakit zahir.  Bersihkan hati,  insya'Allah hidup kita bebas dari sebarang penyakit.

Wallahualam Bissawam.

Rabu, 9 Mei 2012

Antara dua pandangan....


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera keatas semua makhluk di muka bumi ini, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad S.A.W, para sahabat nabi, para ambia, para rasul, para syuhada dan seluruh mukmin, mukminat, muslimin, muslimat serta seluruh umat Islam.


Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaanNya dapat kita merasai dua nikmat yang paling agung iaitu nikmat Iman dan Islam.






Antara dua pandangan.... adalah tajuk yang menjelma dalam benak fikiran ku dikala ini kerana dewasa ini pelbagai isu yang melibatkan dua pendapat yang berbeza.  Dua pendapat yang berbeza ini pula cuba mempertahankan hujah masing-masing supaya dilihat pihak masing-masing adalah benar. Didalam surah Al-Rom ayat 31 dan 32, Allah berfirman; 




" Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik."



" Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya (dari fahaman dan amalan yang terpesong itu)."


Pandangan mata selalu menipu dan pandangan nafsu selalu tersalah akan tetapi pandangan mata hati yang dipandu iman itu yang hakiki.

Antara dua pandangan itu walaupun menggunakan ayat al-Quran dan Al-Hadis sebagai hujah, jika tidak dipandu dengan iman maka kesesatan lah juga penyudahannya.

Kecenderungan akan sesuatu perkara itu akan membutakan pandangan mata hati, maka tertipulah kita dengan pandangan mata serta tersalahlah kita apabila memandang menggunakan nafsu.



" Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. "


 
Muaz bin Jabal melaporkan, katanya, “Saya berkata, “Wahai utusan Allah, Beritahulah kepada saya amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga & menjauhkan saya daripada api neraka.”

Jawab Rasulullah, “Saudara bertanya tentang perkara yang penting, tetapi amalan itu amat mudah bagi orang yang dipermudahkan Allah melakukannya. Amalan itu adalah menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan apa pun. Mengerjakan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadan dan mengerjakan haji di Mekah.”

Kemudian baginda berkata lagi, “Adakah saudara suka saya tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai daripada api neraka, sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api, dan sembahyang seorang hamba pada satu pertiga terakhir malam.”

Kemudian baginda membaca ayat 16 dan 17 daripada surah as-Sajadah yang bermaksud,

“Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur, (tidur yang sedikit kerana mengerjakan sembahyang tahajud & amalan baik); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (kemurkaanNya) serta perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka. Oleh itu, tiada individu yang mengetahui perkara yang dirahsiakan bagi mereka (segala jenis nikmat) yang indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal kebaikan yang mereka kerjakan.”

Selepas itu baginda bertanya, “Adakah saudara suka saya beritahu asas bagi semua perkara itu, tiang & titik kemuncaknya?”

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Rasulullah pun berkata, “Asas bagi semua perkara adalah Islam, tiangnya adalah sembahyang dan titik kemuncaknya adalah jihad.”

Kemudian baginda bertanya lagi, “Adakah saudara suka saya beritahu kunci bagi semua perkara itu?

Saya menjawab, “Sudah tentu wahai Rasulullah.”

Baginda memegang lidahnya, lalu berkata, “Saudara jagalah ini.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah kita dituntut bagi segala perkara yang kita ucapkan?

Jawab Rasulullah, “Aduh saudara! Bukankah manusia disembamkan mukanya ke dalam neraka hanya sebab lidah mereka?”

(Daripada Hadis Riwayat Tirmizi)





Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Rabu, 25 Mei 2011

Hikmah berlapang dada....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua insan yang membaca blog ini.  Selawat dan salam keatas rasul junjungan mulia Muhammad Salallahu 'Alaihi Wassalam.  Semoga setiap hati orang-orang mukmin itu ditautkan dengan hikmah berlapang dada...insya'Allah.

Bismillahirahmanirahim, robishrahli sadri wayasirli amri wahlul ukhdatal millisani yafkhahu khauli.  Rabbi zidni ilman war zukhni fahman.
Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata'ala kerana dengan izin dan limpah kurniaanNya masih diberi nikmat yang terbesar sekali dalam hidup kita iaitu nikmat Islam dan Iman, insya'Allah.
Dalam surah   AL AN'AAM (Binatang ternak) Allah berfirman:-

[6:125] Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.


Setelah lama menyendiri didalam dunia blogger, bukannya tiada artikel yang di taipkan cuma ada beberapa artikel yang tidak di publish kan kerana didalamnya terkandung perkara-perkara yang sukar difahami dan hanya sekadar rujukkan penulis sahaja.  Kali ini Sang Pencinta ingin membawa tajuk Hikmah Berlapang Dada.  Tujuan tajuk ini dibawa hanya sekadar perkongsian kerana setiap hari kehidupan kita diuji dan menguji serta teruji dengan pelbagai ragam manusia dan arus kehidupan supaya iman semakin mantap dan matang dalam memahami akan makna kehidupan itu sendiri.


Alhamdulillah pada kali ini kita ditemukan dengan tajuk ini bagi sama-sama kita dalam usaha mengingati antara satu sama lain akan mengabdikan diri pada Rabbul Izatti, Tuhan pencipta sekian alam...insya'Allah. 


Dengan lafaz bismillah saya memulakan kalam bisu ini dengan tajuk Hikmah Berlapang Dada, sesungguhnya tajuk ini merupakan suatu perkara yang memerlukan penelitian yang mendalam.  Jikalau merujuk didalam kamus dewan membawa maksud kepada berlapang dada itu adalah berkaitan dengan hati yang berasa lega, tenang dan sabar. 


Akan tetapi kali ini saya bukanlah untuk mengulas akan perkara ini kerana hikmah berlapang dada itu maksudnya terlalu luas untuk difikirkan dek akal manusia yang dhoif ini.  Hanya ilmu yang sedikit sahaja yang mampu menghuraikan secara rambang kerana untuk lebih terperinci memerlukan suatu muhasabah yang agak lama dan memahami perjalanan akan ilmu pentauhidan itu sendiri.


Saya disini bukanlah untuk mengajar atau membicara akan hal ilmu itu sendiri kerana saya bukanlah ustaz yang belajar akan perjalanan ilmu agama tetapi sekadar berkongsi pendapat yang tidak seberapa agar sama-sama kita saling ingat-memperingati antara satu sama lain agar sama-sama kita mantapkan keimanan kita pada Allah Ta'ala...insya'Allah.


[18:109] Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". (AL KAHFI  ayat 109)




Sesungguhnya ilmu Allah Ta'ala itu maha luas, seluas-luasnya bumi terbentang luas meliputi langit dan seluruh alam semesta.  Setiap huruf dan ma'ruf itu kepunyaan Allah Ta'ala, tidak mengira bangsa dan negara atau bahasa segalanya milikNya. Hikmah berlapang dada adalah menerima apa sahaja itu sebagai ilmu Allah Ta'ala dan iman akan membezakannya benar atau sebaliknya.  Tugas kita sebagai insan adalah mengabadikan diri pada Nya.



Sesungguhnya kesempitan dada dan apa yang menimpa seorang muslim berupa kebimbangan dan kebingungan serta kesedihan adalah perkara yang tidak seorang pun berupaya untuk  menghindarinya.

Ibnu Hazm rahimahullah berkata, “Aku berfikir tentang usaha para cendikiawan, maka aku melihat bahwa usaha mereka mengarah pada satu hal, sekalipun jalan dan cara mendapatkannya berbeda-beda, aku melihat mereka semua berusaha untuk menghilangkan rasa bimbang dan kebimbangan dari diri mereka. Ada orang yang menghilangkanya dengan cara makan dan minum, dan yang lain dengan cara berdagang dan berusaha, sementara yang lain dengan menikah, atau terkadang orang mengejarnya dengan bermain-main dan bersenda gurau dan lain-lain. Akan tetapi aku tidak melihat salah satu dari jalan-jalan di atas yang boleh mengantarkan seseorang kepadanya, bahkan boleh jadi kenyataannya justeru itu kebanyakan dari jalan-jalan di atas, mengarahkan kepada titik yang berlawanan. Hanya dengan kembali kepada Allah SWT semata dan mengutamakan keridhaan-Nya maka dialah jalan yang menghilangkan kebimbangan. Tidak ada jalan yang lebih bermanfaat bagi hamba selain jalan ini, dan lebih pasti dalam menghantarkan seorang muslim kepada kenikmatan hidup dan kebahagiaan”.


Ibnul Qoyyim rahimahullah telah menyebutkan beberapa perkara agar dada menjadi lapang:-


Pertama: Tauhid, kesempurnaan tauhid pada seseorang akan menentukan sejauhmana ia akan merasakan kelapangan dalam dadanya. Allah SWT berfirman(Surah Az-Zumar ):-




[39:22] Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.


Didalam 'SURAH AL AN'AAM' Allah Berfirman:-




[6:125] Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.



Maka hidayah dan tauhid adalah sebab utama yang paling agung yang membawa kepada kelapangan dalam dada, sementara kesyirikan dan kesesatan adalah sebab utama terjadinya kesempitan dan kesesakan dada.

Kedua: Cahaya yang dihunjamkan oleh Allah SWT di dalam hati seorang hamba, yaitu berupa cahaya iman, sungguh dia bisa membuat dada menjadi lapang, melegakan jiwa dan membahagiakan hati. Namun jika cahaya ini hilang dari dada seorang hamba maka dia akan menjadi sempit dan sesak, sehingga dia terperosok ke dalam penjara yang paling sempit dan sulit. Maka ukuran bagian seseorang dari rasa kelapangan dada ini setingkat dengan bahagian yang didapatkannya dari cahaya hidayah dan iman ini. Allah SWT berfirman:
[6:122] Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah Kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang telah mereka kerjakan.



Ketiga: Ilmu. Sungguh, ilmu itu bisa melapangkan dada, dan melegakannya sehingga dia lebih luas dari dunia, semantara kebodohan akan mengakibatkan kesempitan, kesesakkan dan terpenjara. Semakin banyak ilmu yang dimiliki seseorang maka semakin luas dan lapang dadanya. Namun hal ini bukan untuk setiap ilmu, akan tetapi maksudnya adalah ilmu yang diwariskan dari Nabi Muhammad SAW, ilmu yang bermanfaat. Pemilik ilmu ini adalah orang yang paling lapang dadanya, paling luas hatinya, paling baik akhlaknya serta paling bagus kehidupan yang dirasakannya. 

Keempat: Kembali kepada Allah SWT dan mencintainya dengansepenuh hati, mendekat kepada Allah SWT, merasa nikmat dengan beribadah kepada -Nya, maka tidak ada yang lebih lapang bagi dada seorang hamba selain hal itu. Allah SWT berfirman:


[16:97] Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Sehingga dia terkadang berkata; Seandainya aku hidup di dalam surga dengan keadaan seperti ini maka sungguh ini adalah kehidupan yang sangat baik. Cinta kepada Allah SWT memiliki dampak yang sangat mengagumkan dalam menciptakan lapangnya dada, nikmatnya hati, dan dia tidak akan pernah dirasakan kecuali oleh orang yang kembali kepada Allah SWT, dan setiap kali rasa cinta itu lebih kuat dan meningkat maka dada akan lebih lapang dan lega. Dan di antara sebab yang menjadikan hati ini sempit adalah berpaling dari Allah Azza Wa Jalla dan hati bergantung kepada selain Allah SWT, lalai dalam berzikir kepada Allah SWT dan justru mencintai selain Allah SWT. Allah SWT berfirman:

[20:124] Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta"


Sesungguhnya orang yang mencintai sesuatu selain Allah SWT maka 
dia tersiksa dan hatinya terpenjara oleh kecintaannya terhadap hal 
tersebut.


Kelima: Senantiasa berzikir kepada Allah SWT dalam segala keadaan dan 
tempat. Kelalaian memiliki dampak yang sangat mencengangkan dalam 
menciptakan kesempitan dada, perasaan terpenjara dan tersiksa. Allah SWT 
berfirman:



[13:28] (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.



Keenam: Berbuat baik kepada orang lain, memberikan bantuan kepadanya dengan harta, kekuasaan, jasa dan kerja badan serta berbagai kebaikan lainnya. Sesungguhnya, orang mulia yang baik adalah orang yang paling lapang dadanya, paling baik jiwanya, paling nikmat perasaan hatinya, sementara orang yang bakhil, yaitu orang yang tidak mau berbuat baik kepada orang lain, dan dia adalah orang yang paling sempit hidupnya dan paling keruh kehidupannya. Disebutkan di dalam Ashahihaini dari Abi Hurairah bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Perumpamaan orang yang kedekut dan orang yang dermawan adalah seperti seorang lelaki yang memakai baju dari besi, mereka berdua terpaksa harus mengulurkan tangan mereka ke tulang selangka mereka, maka setiap kali orang yang suka

bersedekah itu ingin mengeluarkan shadaqahnya, maka dia semakin meluas sehingga bekas-bekasnyapun menghilang, dan setiap kali orang yang kikir ingin mengeluarkan shadaqahnya maka setiap lubang baju besi itu menyempit sehingga mengerut pada tubuhnya akhirnya membelenggu kedua tangannya kepada tulang selangkanya, dan didengar bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda: Lalu dia berusaha memperluasnya namun baju itu tidak bisa melebar”.

Ketujuh: Keberanian. Seorang yang pemberani pasti berlapang dada, berhati lega, sementara orang yang pengecut adalah orang yang paling sempit dadanya dan paling sesak hatinya, tidak merasakan kesenangan dan kebahagiaan, tidak ada kenikmatan baginya kecuali jika dia termasuk hewan yang hanya memiliki instink kehewanan. Maka kegembiraan,
kesenangan, kenikmatan dan keindahan diharamkan bagi orang yang bersikap pengecut sebagaimana dia diharamkan atas orang yang pelit. 

Kedelapan: Mendendam termasuk sifat yang tercela yang membuat hati menjadi sempit dan tersiksa, sehingga mengahalanginya mendapatkan kesembuhan. Sesungguhnya seorang hamba jika dia telah melakukan segala perkara untuk mendapatkan kelapangan dada namun dia tidak membersihkan dirinya dari sifat-sifat hati yang buruk, maka dia tidak akan merasakan kelapangan dalam dadanya walau sedikit.



Kesembilan: Meninggalkan penglihatan dan pembicaraan yang berlebihan, atau pendengaran dan bergaul yang sia-sia, begitu juga berlebihan dalam urusan tidur dan makan dan lain-lain. Sebab sikap yang sia-sia ini memancing munculnya rasa sakit, bimbang dan kebingungan di dalam hati, dia mempersempit hati, membelenggunya dan membuatnya tersesak. La Ilaaha Illa Allah, alangakah sempitnya dada orang yang tidak maenjaga anggota badannya dari perbuatan maksiat, alangkah keruhnya kehidupan yang diharunginya, dan La Ilaaha Illa Allah, alangkah nikmatnya orang yang mendapat bagian dari sifat-sifat terpuji ini, cita-citanya hanya tertuju padanya. Dia mendapat bagian dari firman Allah swt:


Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam surga yang penuh kenikmatan, (QS. Al-Infithar: 13), sementara bagi kelompok yang lain mendapat bagian dari firman Allah SWT:
“dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka”. (QS. Al-Infithar: 14)

Maksudnya adalah bahwa Nabi Muhammad SAW adalah seorang peribadi yang paling sempurna dalam memperoleh sebab-sebab lapangnya dada, dan keluasan hati. Dan makhluk yang paling banyak mengikuti beliau maka dia 
adalah orang yang sempurna dalam merasakan kelapangan, kelezatan, 

ketentraman hati. Maka apabila seseorang mengikuti Nabi Muhammad SAW 

dalam hal tersebut diatas maka dia akan mendapat tingkat yang sama 

dalam kelapangan dada dan ketenteraman hati serta kelazatan hidup. 
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, semoga shalawat dan 
salam tetap tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad saw dan kepada 
keluarga, shahabat serta seluruh pengikut beliau.




*Sumber dari e-book "Kiat-Kiat Agar Selalu Berlapang Dada" daripada Karya: Dr. Amin bin Abdullah asy-Syaqawi; Terjemah : Muzaffar Sahidu; Editor : Eko Haryanto Abu Ziyad.

Rabu, 20 April 2011

Aku Terlupa....


Suatu hari aku pergi ke rumah Bahagia,
Aku terlupa akan Derita,
Pesanan Bahagia, jangan dibawa Derita bersama,
Kerana Bahagia tidak suka melihat akan Derita,
Aku berjalan menuju ke rumah Bahagia,
Aku terlupa hadiah yang ingin ku beri pada Bahagia,
Kerana Aku merasakan begitu bahagia sekali untuk berjumpa Bahagia.
Dalam perjalanan aku masih terbayang Bahagia dalam diriku.
Kerana sayang dan kasih ku akan Bahagia,
Aku terlupa siapa diri ku,
Kerana Bahagia membuatkan ku terlupa akan segalanya,
Walaupun belum berjumpa dengan Bahagia,
Aku seolah-olah sudah lama mengenali Bahagia,
Didalam perjalanan untuk berjumpa Bahagia,
Diriku yakin dan pasti Bahagia tetap menanti kedatangan ku,
Kerana Bahagia itu pasti setia pada ku,
Derita sudah ku tinggalkan kerana Derita sudah bosan,
Aku asyik menyebut Bahagia didepan Derita,
Seolah-olah Bahagia adalah segala-galanya bagiku,
Derita sudah tidak ambil peduli hal ku lagi,
Dan aku juga langsung tidak mempedulikan soal Derita,
Bahagia pasti menantiku dipintu rumahnya,

Aku masih lagi dalam perjalanan untuk bertemu Bahagia,
Pelbagai perasaan bermain dijiwa,
Namun ku endahkan semua,
Kerana hati ku bebunga terkenangkan Bahagia,
Bahagia...Bahagia...Bahagia,
Ingin sekali aku menyebutnya berulangkali,
Tidak jemu-jemu ku menyebut Bahagia,
Sehinggakan ku terlupa akan segalanya,

Destinasi rumah Bahagia masih tersemat dalam kotak fikiran ku,
Walaupun jauh perjalanan untuk bertemu akan Bahagia,
Walaupun penat dan lelah melanda di jiwa,
Langsung aku tidak mempedulikannya,
Apa yang penting adalah bertemu dengan Bahagia,
Kerana sudah lama aku mencarinya,
Kerana sudah lama aku mengimpikannya,
Kerana aku sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengannya,
Nantikanlah kedatangan ku wahai Bahagia,
Aku pasti akan bertemu dengan mu,
Pasti akan bertemu,
Bahagia....
Bahagia....
Bahagia...

Selasa, 5 April 2011

Kehidupan dunia dan akhirat (Bhgn ke-2)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selawat dan salam ke atas rasul junjungan mulia Nabi  Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para tabi'e, para ulama' dan para ilmuan, mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, kepada yang masih hidup mahupun yang selamat di alam sana.  Alhamdulillah syukur kita ke hadhrat Illahi kerana dengan limpah rahmat, taufik, hidayah dan inayah dapat kita bertemu kembali dalam rangka untuk berubudiah kepada Allah, dalam usaha ingat-memperingati antara satu sama lain, semoga terbukanya pintu-pintu hijab yang menghalang kita dari memahami ilmu-ilmuNya. 


"[51:56] Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."




Untuk sambungan blog yang lepas di dalam tajuk yang sama iaitu "Kehidupan dunia dan akhirat (Bhgn ke-2)".  Persoalan-persoalan yang sering timbul, mengapa kita perlu persoalkan akan kehidupan dunia dan akhirat?  Kerana kehidupan kita di dunia sebagai bekalan kita di akhirat.  Akan tetapi, berkaitan tajuk ini "Kehidupan dunia dan akhirat" bukanlah untuk membincangkan berkenaan kehidupan di dunia mahupun di akhirat, kerana perbezaan dunia dan akhirat itulah natijahnya hidup kita.  Iaitu perbandingan kehidupan dunia dan akhirat.  Kehidupan dunia merupakan suatu kehidupan yang mementingkan dunia semata-mata.  Manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan di dunia tetapi gerak kerjanya adalah bermatlamatkan akhirat semata-mata.  Didalam konteks ini, mereka yang memilih kehidupan akhirat bukanlah menolak keduniaan semata-mata, akan tetapi kehidupan dunia itu sebagai suatu pemankin atau platform menuju ke akhirat.


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.

" Dari Abdullah bin Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w., memegang bahuku lalu bersabda: “Jadikanlah dirimu di dunia ini seolah-olah engkau orang dagang bahkan seolah-olah orang yang dalam perjalanan musafir. ” Dan semenjak itu Ibn Umar selalu berkata: “Apabila engkau berada pada waktu petang maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu pagi dan apabila engkau berada pada waktu pagi maka janganlah engkau tunggu datangnya waktu petang dan ambillah peluang dari kesihatanmu itu membuat amal untuk masa sakitmu dan peluang masa hidupmu berbekal untuk matimu."



Didalam Surah Yunus, ayat 24, Allah berfirman:-
"[10:24] Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya683, dan pemilik-permliknya mengira bahwa mereka pasti menguasasinya684, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanam-tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang berfikir."


Allah Swt berfirman; "Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu", istilah "kehidupan dunia" telah dipergunakan hampir tujuh puluh kali dalam al-Qur`an. Dunia di sini memiliki dua pengertian sebagaimana berikut;

a. Ia berarti yang dekat. Dunia merupakan bentuk muannas dari adna (rendah). Karena itu, kehidupan dunia adalah kiasan paling dekat untuk kehidupan akhirat yang secara relatif ia jauh.

b. Yang dimaksud dengannya adalah sâfilah; yang kotor, hina dan rendah. Karena itu kata danî (rendah) diberikan kepada seseorang yang terperosok dan rendah. Artinya bahwa kehidupan dunia adalah kehidupan yang rendah dan tidak memiliki nilai yang sempurna. Itulah kehidupan dunia sebagai lawan dari kehidupan akhirat yang tinggi dan penuh nilai-nilai agung.

Demikian ini sesuai dengan kesimpulan dari beberapa ayat al-Qur`an, seperti ayat berikut ini; "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui"129 . Kehidupan yang sesungguhnya hanyalah kehidupan akhirat saja, adapun kehidupan dunia hanyalah kehidupan semu dan hanya sekedar nama saja, padahal sebenarnya ia adalah kematian bertahap.

Al-hasil, sesungguhnya kehidupan dunia adalah kehidupan yang tidak bernilai, atau ia sebenarnya bukanlah kehidupan secara penuh. Ia "adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dan langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi". Yakni kehidupan sementara seperti air hujan yang turun ke bumi dengan tetesan rintik-rintik, dan dengan turunnya ke bumi tumbulah tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan berbagai macam buah.

***sumber(http://www.alhassanain.com/indonesian/book/book/holy_quran_library/quran_interpretation/perumpamaan_dalam_alquran/021.html)


Untuk membincangkan soal kehidupan dunia dan akhirat memerlukan suatu fahaman yang mendalam kerana percaya pada hari akhirat itu merupakan salah satu dari rukun iman kita.


Pada mulanya kita merasakan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat itu terpisah kerana kehidupan dunia itu adalah sekarang dan kehidupan akhirat adalah sesuatu yang belum pasti.  Akan tetapi apabila direnung secara mendalam, kehidupan dunia dan akhirat itu adalah suatu perkara yang tidak boleh dipisahkan ibarat aur dengan tebing.  Dimana ada dunia dan disitulah ada akhirat.  Ibarat Iman dan Islam, yang mana ia tidak boleh dipisahkan, sesuatu yang bergerak selari.  Ia juga ibarat ilmu dan amal.  Jika ia dipisahkan maka jadilah sesuatu itu perkara yang sia-sia.



"[2:201] Dan di antara mereka ada orang yang bendo'a: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" {127}. (AL BAQARAH (Sapi betina) ayat 201)"





"[3:145] Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat itu. Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. (ALI 'IMRAN (KELUARGA 'IMRAN) ayat 145)"



[4:134] Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), karena di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (AN NISAA' (WANITA) ayat 134)


Apabila direnungi dan diamati sedalamnya, kehidupan didunia dan akhirat adalah seiring kerana didalam surah diatas ada pahala dunia dan akhirat.  Jika kita beribadah dan beramal untuk diri sendiri maka perkara itulah pahala dunia dan jika kita beribadah dan beramal untuk orang lain semata-mata maka itu adalah pahala akhirat.  Hanya diri sendiri yang diberi pemahaman sahaja yang memahami akan kehidupan dunia dan akhirat.  Dunia hanya sementara, akan tetapi akhirat kekal abadi.


Diakhir zaman semuanya hanya mementingkan diri sendiri.  Tiada lagi tolong-menolong, tiada lagi muafakat.  Hanya segelintir masyarakat sahaja yang masih mengamalkan permuafakatan sesama insan.   Yang lain hanya inginkan mengejar nama, pangkat, kuasa dan harta.  Apabila membantu seseorang, hanyalah mengharapkan imbuhan semata-mata.  Jika tiada kepentingan diri dan merugikan hartanya maka tiadalah dipedulikan hal orang lain.  Seolah-olah dunia ini kekal selamanya, akhirat hanya dongengan semata-mata.  Maka tercampaklah mereka dilembah kehinaan dan kekufuran.  Walaupun pakaian dan kelakuan mereka seolah-olah merekalah lebih Islam dari orang lain, malangnya hati mereka tersimpan pelbagai penyakit hati; dengki, khianat, tamak-haloba, kedekut dan sebagainya.  Tatkala mereka sedar akan perkara ini, segalanya sudah terlambat.  Tiada lagi jalan kembali.  Janji Allah pasti akan terjadi.  Sesungguhnya hari akhirat itu benar, seksaan kubur itu benar dan hari kiamat itu pasti akan berlaku.  Sesungguhnya syurga itu benar dan neraka itu benar.






[13:26] Allah meluaskan rezki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit). ( AR RA'D (GURUH) ayat 26)


Bismillahir rahmanir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam,
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah!
Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.