Suatu hari aku pergi ke rumah Bahagia,
Aku terlupa akan Derita,
Pesanan Bahagia, jangan dibawa Derita bersama,
Kerana Bahagia tidak suka melihat akan Derita,
Aku berjalan menuju ke rumah Bahagia,
Aku terlupa hadiah yang ingin ku beri pada Bahagia,
Kerana Aku merasakan begitu bahagia sekali untuk berjumpa Bahagia.
Dalam perjalanan aku masih terbayang Bahagia dalam diriku.
Kerana sayang dan kasih ku akan Bahagia,
Aku terlupa siapa diri ku,
Kerana Bahagia membuatkan ku terlupa akan segalanya,
Walaupun belum berjumpa dengan Bahagia,
Aku seolah-olah sudah lama mengenali Bahagia,
Didalam perjalanan untuk berjumpa Bahagia,
Diriku yakin dan pasti Bahagia tetap menanti kedatangan ku,
Kerana Bahagia itu pasti setia pada ku,
Derita sudah ku tinggalkan kerana Derita sudah bosan,
Aku asyik menyebut Bahagia didepan Derita,
Seolah-olah Bahagia adalah segala-galanya bagiku,
Derita sudah tidak ambil peduli hal ku lagi,
Dan aku juga langsung tidak mempedulikan soal Derita,
Bahagia pasti menantiku dipintu rumahnya,
Aku masih lagi dalam perjalanan untuk bertemu Bahagia,
Pelbagai perasaan bermain dijiwa,
Namun ku endahkan semua,
Kerana hati ku bebunga terkenangkan Bahagia,
Bahagia...Bahagia...Bahagia,
Ingin sekali aku menyebutnya berulangkali,
Tidak jemu-jemu ku menyebut Bahagia,
Sehinggakan ku terlupa akan segalanya,
Destinasi rumah Bahagia masih tersemat dalam kotak fikiran ku,
Walaupun jauh perjalanan untuk bertemu akan Bahagia,
Walaupun penat dan lelah melanda di jiwa,
Langsung aku tidak mempedulikannya,
Apa yang penting adalah bertemu dengan Bahagia,
Kerana sudah lama aku mencarinya,
Kerana sudah lama aku mengimpikannya,
Kerana aku sudah tidak sabar lagi untuk bertemu dengannya,
Nantikanlah kedatangan ku wahai Bahagia,
Aku pasti akan bertemu dengan mu,
Pasti akan bertemu,
Bahagia....
Bahagia....
Bahagia...
2 ulasan:
Tanpa derita,tiadalah bahagia.Jika tiada bahagia,tiada jugalah derita.Ia seakan kitaran yg berulang.Aku tak pernah meninggalkan derita.Kerana aku ingin merasakan nikmat bahagia yang sebenarnya.Dalam perjalanan aku mengejar bahagia yg nun di sana,derita sentiasa menemani.Tak pernah sekali meninggalkan aku sendiri.Ajaibnya,adakala dalam derita jelas terpamcar kasih bahagia.
Derita dan bahagia tidak boleh dipisahkan ibarat aur dengan tebing. Sememangnya tanpa derita maka tidak berjumpalah dengan bahagia kerana nilai bahagia itu terletak pada derita itu sendiri. Tetapi jika digendong derita tanpa mencari bahagia maka ibarat hidup tanpa cahaya. Walaupun berada didalam kegelapan, walaupun terdapat cahaya sebesar zarah sekalipun, ia membawa kebahagiaan yang tidak ternilai harganya. Hatta melihat cahaya di hujung gua yang gelap, segala kesakitan dan derita akan lenyap kerana kebahagiaan pasti akan bertemu setelah melihat sinarnya.
Catat Ulasan