Khamis, 8 Januari 2009

Terus Melangkah Kehadapan.....

Salam Ma'al Hijrah, jam 12.09 malam..11 Muharam 1430 hari Khamis...aku semakin bersemangat untuk menulis dalam blog ini...terima kasih ku ucapkan pada rakan-rakan ku dalam memberi dorongan dan jalan untuk meneruskan penulisan aku ini. Tajuk blog aku kali ini ialah "Terus Melangkah Kehadapan", tajuk ini ada kesinabungan dengan tajuk yang lepas "Tahun Baru, azam baru". Dan aku sendiri tidak begitu pasti dimana kesinabungannya tajuk ini, tetapi yang aku pasti ialah berkaitan dengan perubahan diri untuk menjadi lebih baik. Untuk meneruskan sesuatu langkah bukanlah suatu perkara yang mudah untuk kita putuskan melainkan kita sudah pasti di mana matlamat dan hala tuju arah kita. Apabila kita sudah membuat sesuatu keputusan yang nekad dan jitu, barulah kita akan putuskan untuk terus melangkah kehadapan. Bila kita sudah melangkah kehadapan, maka kita tidak seharusnya merasa teragak dan was-was lagi dengan keputusan yang telah kita putuskan samada ia berkaitan dengan peribadi, personaliti, pekerjaan mahupun kehidupan. Tetapi yang pastinya apabila kita mula menghayun langkah, kita akan terus menghayunkan langkah yang seterusnya. Ya...bila langkah yang seterusnya berjalan lancar, kita akan rasa seronok untuk meneruskan langkah kita untuk terus mara kehadapan. Segala ingatan yang membelenggu kita dimasa lepas akan terus lenyap dan hilang apabila kita menumpukan sepenuhnya untuk terus melangkah kehadapan. Tidak perlu lagi kita persoalkan mengapa harus untuk kita memaling ke belakang untuk seketika walaupun sedetik kerana kita sudah pasti dan jelas bahawasanya dihadapan kita adalah suatu yang pasti indah lagi membahagiakan. Persoalannya adalah mengapa harus kita melangkah kehadapan? dan bukankah yang dibelakang itu sebagai pengajaran buat kita?mengapa kita tidak boleh berpaling kebelakang lagi?
Jawapannya berada didalam diri masing-masing.
1. Kita terus melangkah kehadapan kerana masa tidak akan berulang kembali, ia akan terus berjalan walaupun kita berhenti melangkah.
2. Kita terus melangkah kehadapan kerana kita yakin langkah yang kita aturkan sekarang akan menjamin untuk kita boleh terus melangkah pada masa hadapan.
3. Kita terus melangkah kehadapan kerana kita tidak mahu lagi untuk memaling kebelakang kerana kita sedar yang dibelakang itu ada pahit dan manisnya. Dan apabila kita mula memaling kebelakang, kita takut peristiwa yang dibelakang itu akan membuatkan kita teragak-agak untuk meneruskan langkah kehadapan.
4. Kita terus melangkah kehadapan kerana kita redha dan tawakal dengan segala qada' dan qadar yang ditentukan oleh yang maha berkuasa lagi maha bijaksana.
5. Kita terus melangkah kehadapan kerana kita sudah bertaubat dan tidak lagi mengulangi perkara yang buruk dan merosakkan diri kita sendiri.
6. Kita terus melangkah kehadapan kerana kita yakin dan percaya bahawa masih ada ruang untuk kita meneruskan langkah yang telah kita mulakan.
7. Kita terus melangkah kehadapan kerana kita tidak mahu lagi mengingati perkara yang memalukan, mendukacitakan dan menyedihkan.
8. Kita terus melangkah kehadapan kerana kita sedar dan patuh dengan ketentuan Illahi.
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah amat menyukai mana-mana hamba-Nya yang melakukan sesuatu pekerjaan itu dilakukan dengan kesungguhan dan kemahiran."
Dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11, maksudnya:-
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”

rujukan:-
1. http://enengnurul.wordpress.com/2008/07/05/langkah-kecil-bukanlah-kemajuan-kecil/
2. http://bukhairi.blogspot.com/2006/01/perbezaan-antara-rendah-diri-dengan.html
Sekian sahaja untuk kali ini, nukilan ini tamat jam 2:07 pagi 8 January 2009 wassalam.

People who read this post also read :



Tiada ulasan: