Assalamualaikum, tepat jam 12:15 malam 5 Januari 2009, tergerak hati aku nak create blog aku sendiri...sebelum ni aku hanya membaca blog orang lain...tapi pada hari ini, aku membuka satu lembaran sejarah dan penghijrahan diri ku untuk buka blog aku sendiri...dan dengan sendirinya aku mengisytiharkan bahawasanya aku kini menjadi salah seorang daripada blogger diantara berjuta blogger di dunia ini amnya dan malaysia khasnya.
Sepertimana tajuk blog ini...tahun baru, azam baru, setiap kali masuk sahaja tahun baru....setiap orang pasti akan perkatakan tentang azam baru, azam yang lepas sudah berjaya ke belum? Setiap perubahan memerlukan sedikit pengorbanan...daripada perubahan diri yang kurang elok... perlu diperelokkan, yang negatif dipositifkan...dan perubahan diri ini dinamakan sebagai penghijrahan...oleh itu biarlah azam tahun baru ini logik dan jelas, ia seolah-olah satu misi atau matlamat dalam jangka-masa setahun untuk digapai dan dicapai. Walaupun tidak 100% berjaya tapi perjalanan untuk perubahan itu pasti ada 50%?...65%, semuanya ditangan kita.
Setiap perubahan itu memerlukan perancangan yang baik, pelan tindakan yang bagus dan yang paling penting ialah usaha kita untuk melakukan perubahan dalam diri. Satu tahun bukanlah satu tempoh yang sedikit, dalam tempoh satu tahun kita sudah boleh pecahkan kepada beberapa target yang kecil iaitu kepada beberapa bulan, kemudian daripada beberapa bulan kepada sebulan, kemudian beberapa minggu kepada seminggu dan daripada seminggu kepada beberapa hari dan seterusnya kepada sehari, dan daripada sehari kepada beberapa jam...dan daripada beberapa jam kepada sejam....daripada sejam kepada beberapa minit dan seterusnya saat kepada beberapa detik. Begitulah beberapa contoh perincian yang perlu kita buat demi perubahan dalam diri. Untuk berjaya bukanlah perkara yang senang dan mudah. Ia memerlukan satu pengorbanan yang jitu dan keras hati.
Didalam Surah Ar-Ra’d ayat 11, maksudnya:-
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”
Di dalam surah Al-'Ashr:-
Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Sekian dahulu blog yang pertama ini. Wassalam....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan