Jumaat, 6 November 2009

Aku masih tidak mengerti....

Aku tunduk dan patuh pada Rabbul Alamin,
Aku sujud pada perintah Mu,
Aku akur dengan qada' dan qadar Mu,
Namun masih ada persoalan-persoalan yang bermain diminda,
Aku masih tidak mengerti....

Telah Engkau katakan;
"Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
Lalu ku termenung dan termanggu...
Merenung diri yang dhaif ini...
Tidaklah mencari sebab kerana sebab...
HambaMu redha dengan ketentuanMu ya Illahi...

Tetapi hamba Mu hairan dengan manusia kini..
Merampas kuasa...kerana ingin menjadi Tuhan...
Inginkan kekayaan...
Inginkan kekuasaan...
Inginkan segala-galanya..

Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu
akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat
seolah-olah kamu akan mati esok hari."(riwayat Bukhari dan Muslim).

Pelbagai tafsiran diambil bagi hadith diatas,
Aku mencari hadith tersebut daripada masalah cintakan dunia...
Akan tetapi mereka yang menafsir hadith tersebut hanyalah untuk cintakan dunia...
Adakah kerja dan amal perlu dipisahkan?
Kerja yang dimaksudkan adalah membuat apa yang Allah suruh
dan meninggalkan apa yang dilarangNya...
Apabila kerja dan amal dipisahkan...maka berlakulah kesesatan..
Manusia bertunjangkan nafsu serakah..
Menganggap diri sebagai Tuhan...
Menjadi Firaun..laknatullah...

Aku masih tidak mengerti...
Melihat kerakusan disana dan disini...
Mengaku Islam tapi hentam anak-bini...
Mengaku alim ulama tetapi punyai agenda terselindung...
Mengaku ustaz, bila melihat perempuan...mata tidak dipeliharanya..
Apakah maksud ini semua?
Adakah dunia sampai ke penghujungnya?
Luarannya bagus....
Dalamnya kotor...
Bernafsukan binatang dan syaitan..
Fasiq dan Munafiq berleluasa...

Ya Rabbul Alamin....hambaMu ini akur...
Ya Mujibul Da'Wan....hambaMu ini sedar ya Allah
beramal ini bukanlah sekadar di mulut..
juga bukan dijasad...tetapi..
keseluruhannya...
tubuh...hati...nyawa dan rahsia...
seluruh jiwa perlu beramal...
khudwatul hassanah...
ikutan yang terbaik...
teladan terbaik...
tidak lain dan tidak bukan..
kekasih Mu...
Rasul akhir zaman...Khatimul Anbia...
ya Mustaffa
Sayyidul Mursalin..
Muhammad Salallahi Alaihi Wassalam..

Aku terus tidak mengerti...
Melihat manusia membebel tidak henti-henti...
Menghukum sana...
Menghukum sini....
Seolah-olah hanya diri sendiri sahaja yang betul..
Apa yang betul?
Tepuk dada, tanyalah iman...

Sedarlah wahai saudaraku...
kerja seorang hamba hanyalah menyampaikan hukum...
kerja Tuhan adalah menghukum...
Akan tetapi ramai yang memilih untuk menjadi Tuhan
Daripada menjadi seorang hamba...kerana
Seorang hamba perlu bekerja keras...
Sedangkan Tuhan hanya melihat dan menghukum...
Jadilah seorang hamba...kerana
Kata Tuhan;
"Tidak ku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku"
jadilah seorang hamba...kerana..
perjalanan seorang hamba itu selamat...
kerana sedarnya seorang hamba itu
bahawa dirinya tidak lain dan tidak lebih daripada seorang hamba...

Sekian, Wassalam.

People who read this post also read :



Tiada ulasan: