Khamis, 19 November 2009

Aku hanya mampu tersenyum...:-)

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera semua...semoga berbahgia semua dan senyumlah walau apa keadaan sekalipun sama ada suka mahupun duka kerana senyum itu ada rahmatNya.

Hari ini tepat jam 10.30 pagi sambil layan pokpetfm.org yang menjadi sebahagian daripada halwa telingaku...aku pun tak tahu macam manalah radio online ni dapat mempengaruhi aku untuk mendengarnya, tetapi aku percaya dan yakin...semuanya adalah susunanNya supaya aku tidak mati dalam kebosanan....hehehe...just joking my friends..don't be serious....

Aku memasang tekad untuk senyum satu hari, biarlah apa orang kata...biarlah dicaci dan dihina...senyum dibibirku akan terus ku pertahankan sepanjang hari....walaupun sampai aku rebah sekalipun....senyum ku akan ku perjuangkan.....wah wah wah...ada semangat patriotik plak...



Senyumlah wei...letih la kalau aku sensorang je yang senyum...so ape kate kalau aku ambil lirik lagu raihan yang berjudul senyum?

Manis Wajahmu Kulihat Di Sana
Apa Rahsia Yang Tersirat
Tapi Zahirnya Dapat Kulihat
Mesra Wajahmu Dengan Senyuman

Senyuman

Senyuman
Senyum Tanda Mesra
Senyum Tanda Sayang
Senyumlah Sedekah Yang Paling Mudah
Senyum Di Waktu Susah
Tanda Ketabahan
Senyuman itu Tanda Keimanan
Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah

Hati Yang Gundah Terasa Senang
Bila Melihat Senyum Hatikan Tenang
Tapi Senyumlah Seikhlas Hati
Senyuman Dari Hati Jatuh Ke Hati

Senyumlah Senyumlah
Senyumlah Seperti Rasulullah
Senyumnya Bersinar Dengan Cahaya
Senyumlah Kita Hanya Kerana Allah
Itulah Senyuman Bersedekah

Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah
Itulah Sedekah Yang Paling Mudah
Tiada Terasa Terhutang Budi
Ikat Persahabatan Antara Kita
Tapi Senyum Jangan Disalah Guna
Senyumlah Senyumlah Senyumlah Senyumlah
.................................................
Dah habis lagu raihan yang bermain dimindaku sejajar dengan liriknya.....oh alangkah indahnya senyuman itu ya?Tetapi rugilah jika digunakan senyuman itu bila waktu senang sahaja...pelbagaikan lah senyuman itu....

Aku tersenyum bila mengenangkan manusia yang mengaku beliaulah segala-galanya, merampas kuasa menjadi tuhan...tidakkah itu perangai firaun?mahu orang merayu? mahu orang bodek? mahu orang puji melambung? pergi mampuslah korang dengan perangai firaun...sementara ada kuasa dan harta...gunalah sebaik mungkin, bila ditarik semuanya...janganlah menyesal kemudian hari....

Aku tersenyum bila mengenangkan manusia yang mengaku dengan budi yang ditaburkannya, masih tersenyumkah engkau bila semuanya ditarik balik?

Hahahaha...buat apa aku nak tersenyum dengan mereka yang memusnahkan diri sendiri? Lantaklah korang...apa yang boleh aku tolong jika jalan yang dipilih menuju ke jalan kehancuran?...a simple word....go to hell...


Biarlah senyuman ku samada ikhlas ataupun sebaliknya....siapa yang tahu? Hanya Dia yang layak menilainya....

Senyum....senyum.....senyumlah.....ohooo....senyumlah....

Wassalam

Jumaat, 6 November 2009

Aku masih tidak mengerti....

Aku tunduk dan patuh pada Rabbul Alamin,
Aku sujud pada perintah Mu,
Aku akur dengan qada' dan qadar Mu,
Namun masih ada persoalan-persoalan yang bermain diminda,
Aku masih tidak mengerti....

Telah Engkau katakan;
"Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku"
Lalu ku termenung dan termanggu...
Merenung diri yang dhaif ini...
Tidaklah mencari sebab kerana sebab...
HambaMu redha dengan ketentuanMu ya Illahi...

Tetapi hamba Mu hairan dengan manusia kini..
Merampas kuasa...kerana ingin menjadi Tuhan...
Inginkan kekayaan...
Inginkan kekuasaan...
Inginkan segala-galanya..

Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu
akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat
seolah-olah kamu akan mati esok hari."(riwayat Bukhari dan Muslim).

Pelbagai tafsiran diambil bagi hadith diatas,
Aku mencari hadith tersebut daripada masalah cintakan dunia...
Akan tetapi mereka yang menafsir hadith tersebut hanyalah untuk cintakan dunia...
Adakah kerja dan amal perlu dipisahkan?
Kerja yang dimaksudkan adalah membuat apa yang Allah suruh
dan meninggalkan apa yang dilarangNya...
Apabila kerja dan amal dipisahkan...maka berlakulah kesesatan..
Manusia bertunjangkan nafsu serakah..
Menganggap diri sebagai Tuhan...
Menjadi Firaun..laknatullah...

Aku masih tidak mengerti...
Melihat kerakusan disana dan disini...
Mengaku Islam tapi hentam anak-bini...
Mengaku alim ulama tetapi punyai agenda terselindung...
Mengaku ustaz, bila melihat perempuan...mata tidak dipeliharanya..
Apakah maksud ini semua?
Adakah dunia sampai ke penghujungnya?
Luarannya bagus....
Dalamnya kotor...
Bernafsukan binatang dan syaitan..
Fasiq dan Munafiq berleluasa...

Ya Rabbul Alamin....hambaMu ini akur...
Ya Mujibul Da'Wan....hambaMu ini sedar ya Allah
beramal ini bukanlah sekadar di mulut..
juga bukan dijasad...tetapi..
keseluruhannya...
tubuh...hati...nyawa dan rahsia...
seluruh jiwa perlu beramal...
khudwatul hassanah...
ikutan yang terbaik...
teladan terbaik...
tidak lain dan tidak bukan..
kekasih Mu...
Rasul akhir zaman...Khatimul Anbia...
ya Mustaffa
Sayyidul Mursalin..
Muhammad Salallahi Alaihi Wassalam..

Aku terus tidak mengerti...
Melihat manusia membebel tidak henti-henti...
Menghukum sana...
Menghukum sini....
Seolah-olah hanya diri sendiri sahaja yang betul..
Apa yang betul?
Tepuk dada, tanyalah iman...

Sedarlah wahai saudaraku...
kerja seorang hamba hanyalah menyampaikan hukum...
kerja Tuhan adalah menghukum...
Akan tetapi ramai yang memilih untuk menjadi Tuhan
Daripada menjadi seorang hamba...kerana
Seorang hamba perlu bekerja keras...
Sedangkan Tuhan hanya melihat dan menghukum...
Jadilah seorang hamba...kerana
Kata Tuhan;
"Tidak ku jadikan jin dan manusia
melainkan untuk mengabdikan diri kepada ku"
jadilah seorang hamba...kerana..
perjalanan seorang hamba itu selamat...
kerana sedarnya seorang hamba itu
bahawa dirinya tidak lain dan tidak lebih daripada seorang hamba...

Sekian, Wassalam.