Hari blog ini dinukilankan adalah; Jumaat 10 Oktober 2009, bersamaan 20 Syawwal 1430 jam 1:30 Am, kepala otak ku masih terasa segar walaupun semalam agak memenatkan. Jari-jemari ku kembali aktif menaipkan suatu ilham yang berlegar dalam jiwa ku, lalu ku terjemahkan dalam suatu tajuk ringkas iaitu "Akur" dan terus ku abadikan ia di laman blog ini.
Aku cuba menyemak makna perkataan akur ini didalam kamus dewan bahasa dan pustaka iaitu di sini : http://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=akur&ID=Kamus%20dan%20Istilah&muka=5&IMY=111&BIMY=--Semua%20Bidang--&IM=1111&BIM=--Semua%20Bidang--&BSB=--Semua%20Bahasa--&BST=--Semua%20Tema--&entrikamus=2&entribs=0&s=Semua
Dan terus ku jumpai maknanya "(ber)setuju, menerima (sesuatu ke dudukan dsb): saya tidak ~ engkau kahwin seorang lagi; mengakuri menyetujui, menerima: teorinya diakuri segenap ahli penyelidik; “Keimen Baunka Shidosa” harus menyuguhi dan ~ kehendak-kehendak Jepun; mengakurkan 1. mencocokkan, menye suai kan; 2. mendamaikan (orang bertengkar dll); keakuran persetujuan, persesuaian, kecoco kan: saling mengerti dan ~ diperlukan dlm satu pertubuhan."
Didalam suatu kaedah ilmu ia menjelaskan bahawa akur itu melibatkan beberapa bahagian iaitu samada secara lisan dan seterusnya ke hati yang membenarkannya.
Sukar untuk mengulas akur itu sendiri kerana ia melibatkan perlakuan dan perbuatan. Hanya hakikat bagi hati sahaja yang boleh menterjemahkan kepada suatu perbuatan.
Allah berfirman :
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[ Al-Baqarah: 216 ]
Amatlah sukar untuk kita bersetuju atau menerima sesuatu perkara itu yang tidak kena langsung dengan pendapat kita. Adakalanya mulut seolah-olah akur dengan sesuatu perkara tetapi hati seolah-olah memberontak dan menyangkal terus sesuatu perkara yang berlawanan dengan akal kita.
Akur itu tidak semestinya berlaku semasa sesi perbincangan atau pun menyuarakan suatu pendapat sahaja, tetapi ia juga melibatkan keadaan sekeliling kita. Adakalanya kita perlu belajar dengan keadaan sekeliling.
Sebenarnya susah untuk kita menghuraikan perkataan akur tanpa duduk didalam akur itu sendiri. Suatu perkataan yang mudah tetapi untuk diterjemahkannya memerlukan suatu huraian yang agak panjang mengikut tahap pemahaman seseorang.
Akur yang sebenar-benarnya adalah membenarkan sesuatu perkara samada secara lisan, perbuatan mahupun hati tanpa ada syak wasangka dengan Allah Ta'ala.
Sekian dahulu buat kali ini...Wassalam
Sekian dahulu buat kali ini...Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan