Isnin, 24 Ogos 2009

Salam Ramadhan........


Assalamualaikum wrh wbkth dan salam sejahtera kepada seluruh penghuni alam maya dan nyata... Ingin daku ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang diibaratkan seumpana seribu bulan.....hari ini hari Isnin, 24 August 2009 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1430.

Sudah agak lama aku tak mencoretkan apa yang bermain dibenak fikiran aku, kira-kira 6 bulan aku meninggalkan blog aku ini. Sampaikan ada seorang rakan sekerja aku cakap dah bersarang blog aku ni.

Hari ketiga Ramadhan membuatkan aku kembali mencoretkan blog aku yang dah berdebu ini. Bukan disebabkan sibuk mengejar arus dunia yang membuatkan aku alpa didalam penulisan ini. Cuma beberapa perkara yang membuatkan aku sepi dan membisu seketika. Perkara=perkara yang membuatkan aku terkedu dan terpana yang mana langsung tidak pernah terlintas difikiran aku ini. Maha Besar Ya Rabbi yang menyusun segalanya untuk hambanya cuma hambanya sahaja yang lalai dan alpa dengan keasyikan duniawi yang menjadi pentas lakonan sementara.
Dalam bulan Ramadhan ni yang paling aku heran ada dua perkara. Satu, pasar Ramadhan dan kedua Masjid solat tarawikh. Apakah yang membuatkan aku hairan dengan dua perkara ni?
Persamaan antara dua perkara ini ialah orang ramai. Perkara pertama, pasar Ramadhan....kalau dilihat di pasar ramadhan pa
da ketika ini, banyak sangat orang yang hendak berniaga di bulan ramadhan, sampaikan tapak untuk berniaga penuh dan ada yang merungut tidak dapat tapak untuk berniaga. Ramai pulak yer usahawan kecil dibulan ramadhan ni. Yang aku hairan dan pelik, dibulan-bulan yang lain tak de pulak yang berniaga bersungguh-sungguh seperti mana di bulan ramadhan ni. Kalau tidak semakin ramailah usahawan-usahawan melayu di abad ini. Tetapi malangnya semangat untuk berniaga hanya datang diwaktu bulan ramadhan sahaja. Kekadang seronok juga bila pergi pasar ramadhan, terdapat pelbagai hidangan juadah berbuka puasa. Bagi aku sudah 2 tahun aku tidak jejak kaki ke pasar ramadhan.
Dipasar ramadhan juga terdapat pelbagai tujuan manusia disana, antaranya ialah:-
1. Melayan nafsu serakah makan dengan membeli juadah yang pelbagai sehingga berlakunya pembaziran.
2. Melihat ragam manusia dan mempelajari sesuatu bagi meningkatkan tahap keimanannya pada Sang Pencipta.
3. Sudah menjadi a
dat, setiap bulan Ramadhan mesti berniaga dipasar ramadhan.
4. Membeli juadah berbuka puasa seadanya kerana tidak sempat untuk memasak di rumah.
5. Mengaut keuntungan berniaga berlipat kali ganda,
6. Menjamu mata dengan memandang perkara-perkara yang membangkitkan nafsu.
7. Mengikut teman kerana teman yang hendak beli dan sambil menjamu mata.
8. Dan sebagainya...

Dewasa ini, heboh satu dunia dengan sejenis wabak selsema babi atau H1N1. Bukan ape, dah banyak kematian disebabkan virus ni. So rakyat Malaysia amnya, dan khususnya masyarakat Selangor amat berhati-hati untuk keluar rumah. Tetapi yang menghairankan akulah, bila je ade pasar ramadhan, takdenye teringat pasal wabak nih. Kalau tak percaya...pergilah ke pasar ramadhan...sure penuh giler manusia mase tuh...Agak-agaknye nafsu makan lebih kuat daripada virus H1N1 nih...sampaikan nampak je makanan terus lupe dengan ancaman virus nih.
Nafsu...nafsu....

Oklah...aku rasa dah malas nak sentuh bab pasar ramadhan nih....

Kita tengok pula keadaan Masjid pada ketika bulan ramadhan terutamanya waktu Isyak dan Sunat Tarawikh...
Bile je masuk bulan Ramadhan, keadaan masjid-masjid berada dalam keadaan sesak dan padat dengan manusia. masing-masing berlumba-lumba untuk mengerjakan solat tarawikh. Tetapi keadaan ini tidak lama kerana pada minggu ketiga dan keempat suasana kembali lenggang dan sepi. Seperti bulan-bulan biasa...cuma tinggal mereka yang istikhamah dengan amal ibadat. Sepatutnya keadaan masjid-masjid patut diimarahkan pada bulan-bulan yang lain. Amal ibadat juga mestilah istiqamah sehingga ke bulan seterusnya.

Begitulah ragam manusia, ada ketikanya bersemangat pada mula-mula, seperti mendaki sebuah gunung. Untuk sampai ke puncak hanya segelintir sahaja yang berjaya. Kecuali berada dalam suatu jemaah. Masing-masing memainkan peranan, bantu-membantu, maka kejayaan pasti milik bersama. Tetapi dewasa ini, masing-masing lebih suka buat hal sendiri, tiada lagi semangat untuk bersatu, kecuali ada kepentingan diri sendiri.

Sekian sahaja nukilan ataupun cetusan rasa dari aku...

Sampai berjumpa lagi...

Wassalam.


People who read this post also read :



Tiada ulasan: