Khamis, 15 Januari 2015

Kalimah yang awal dan akhir...

“Aku berseru kepada jasadku
Menujulah kepada tuan empunya jasad
Untuk aku mengenalkan jalan cerita
Yang awal, yang akhir...

Aku berhijrah daripada kandungan ibuku
Ke dunia dan alam maya...
Sebagai pelakon yang dilakonkan,
Tahun pun berhijrah...
Di pentas yang serba indah

Mempersonakan ilmu akalnya masa kini...”










Menanggung khazanah kalimah awal dan akhir,
walaupun limau purut dipotong...
asal kejadian awal dan akhir,
dari syurga ia datang untuk berlangir mandi bersiram...
dalam mengenal bau umpama limau yang dipotong rapi,
diramas dan disiram,
nyata akan kejadian ini.
Sebelum hamba mabuk dipenghujungan kalimah,
kami menadah Zat kalimah yang awal, 


Dipersada dunia,
kami menarik nafas perlahan-lahan,
apakah gerangannya...
hendak disebut dan disambut,
tanggungjawab rahsia yang awal,
kami menjunjung perintah yang diperintah...

Jalan hamba ini,
walaupun umpama lautan yang bergelombang,
bukan jalan yang berselekoh,
jalan diri empunya diri,
wahai bapak dilangit,
renung-renungkanlah,
hujan emas, hujan permata,
mencurahi segala tubuh yang ada,
amal untuk mengenal Abu Zat kalimah yang awal,
diturunkan dari syurga,
tujuh bulan ku kandung,
menunggu saat dan ketika,
nyata tujuh martabatnya jalan kesembilan,
cahaya nur dan cahaya nuri,
bermadu kasih diatas mahligai syahdu,
tunggu perintah yang diperintah... 



Bukan senang hendak senang,
bukan mudah hendak dipermudah...
Kalimah awal yang dituntut dan menuntut...
Serban Nabi terbentang indah,
Tudung Khadijah selindung wajah.

Sempurnalah Islam yang dijunjung,
iman yang percaya,
cahayanya naik turun,
dipenghujungan lidah,
Air telaga nuri hayat. 
Hidup tiada mati,
Air sekacuk jiwa,
menanda akan hakikat Islamnya,
Ibadahlah makrifatnya,
Tidak henti-henti dari Masyrik ke Maghrib... 
Berkasihlah antara Islam dan Iman.
Tiada saat dan ketika...
Azan bergema diudara,
Khamat berbisik-bisik antara adam dan hawa.

Wallahualam Bissawab...

Rabu, 7 Januari 2015

Kerana kaseh dan sayang ...


Perjalanan hidup di dunia
Tidak boleh ditukar ganti
Pada hakikatnya
patah ranting diperhujungannya
kerana kebendaan di dunia
tidah cukup kehendak akal dengan hati
satu jalan perpisahan cinta kasih sayang itu sendiri
kerana mati sebelum mati
menangislah manusia siang dan malam
tidak terhenti-henti
sehingga buta matanya.
Tiada bumi yang dipijak
tiada langit langit yang dijujung
tiada payung yang disediakan
untuk hujan kehujanan panas kepanasan.
Mengembara lah dunianya
kerana cinta kaseh sayang
tidak berdaya lagi
jinjang yang ada.
Tidak bermaya tidak berdaya
gelap gelita penglihatan
pada hakikat batin nya
ia tidak buta.



Apabila siang dan  malam
Tidak henti-henti berjalan
tidak tahu kemana arah yang dituju
gelap gelita kerana kejujuran dan keikhlasan
terlena di pintu gerbangnya
itulah sebenar benarnya musafir lalu
menangis ia tidak dengan air mata
bercakap tidak dengan  percakapannya
nak renung tiada gambar

dalam cerita ada cerita.


Ibu tua yang berhemah tinggi
Dijemput naik keteratak buruk
membicara seketika
si buta dengan tongkat nya
sibuta ingat sudah selesai
perisatiwa-peristiwa lalu
tapi malangnya tidak berbau
mendengar tangisan jiwa
yang bergitu tersiksa dan menyiksa
tiada ubat bagi nya
tiada dukun tiada pendita
yang boleh mengubati dengan kata-kata
rupa-rupanya
anak demik menangis siang dan malam
kerana suami nya disayangi
menyahut seruan illahi
tidak boleh diganti dan dicari ganti

serupa dengan mu.


Sibuta dengan tongkat terkejut
berdebar debar jantungnya
tongkat berkata kepada si buta
ketukanlah
bisikan hatinya
bermadah dan berpujanga
sufi menangis yang ditangis
dengan batin nya
tersedar  anak demiknya daripada tidur
pelihatannya pada mata hatinya
bersinar sinar
seperti permata direndam di dalam air
terkejut demik tidak menangis lagi
pimpinlah tongkat si butanya
rupa-rupa demik menyatakan
kamu lebih celek daripada aku yang celek
rupa-rupa nya aku buta disiang hari
si buta dengan demiknya
linang yang amat sangat
seperti air tasek yang tiada gelombang
dengan senyum simpulnya
bermadah lah ia dengan penuh perasaan
niat yang ada takala itu
hendak ditukar ganti
suara yang lembut berdayu-dayu
kaseh dengan kekasehnya


ibu tersenyum indah
tak dapat di gambarkan dengan kata kata
sahingga keheningan mata yang jerneh
membasahi pipinya
di sapu dengan jari manis
sehingga ibu tua keluar
dengan kata-katanya
Ya allah ya tuhanku
kamu maseh sayang keluarga ku


Dalam keasyikan bersukaria
tafakur sekejap
melihat burung tiong terbang
kehulu dan kehilir
menyanyilah ia
kerana dikokok lidah
boleh menyanyi irama dan lagu
indah sungguh suaranya
rupa-rupanya
Luka lama berdarah kembali
melihat lah si buta nya
melihat keindahan-keindahan
seperti dia datang dulu
terlintas dihati sibuta
ingin melihat gambaran-gambaran yang lalu
untuk memastikan ada cerita dalam cerita


Carilah situa bangka
merayu dan merayu
untuk memperlihatkan
tempat disemadikan
kekaseh yang awal
pergi tunjuk dan menujuk
di kubur yang zahir
itulah tempatnya
si celek menadahkan tangan kedua-duanya
untuk memohon ampun kesalahan
kekaseh awal dan akhir
dosa-dosa yang ada tatkala itu
sehingga membasahi pipinya
bersungguh-sungguh
berdoa dan merayu
kepada hak yang berkuasa keampunannya
secelek malang sekali
kubur yang zahir bukan milik kekasehnya
milik orang lain rupa-rupanya
kekasehnya tidak mati
menyesal dan kesal
zahir dan batinnya


Pejamkan mata tatkala itu
Rupa-rupanya….
Ya Allah ya tuhan ku
Ada juga kamu jadikan tubuh manusia
Rupanya binatang
Maka menyesal si celek dengan yang amat sangat
seperti guruh terjun dari langgit
Jiwanya bertukar cahaya
Wajahnya bertukar rupa
Ya  Allah ya tuhan ku
Biarlah ku buta seumur hidup
Aku tidak mahu melihat permainan dunia
Di alam maya
Di pentas yang nyata ini
Amat tersiksa batinku
Tak akan dapat ku cari ganti



Madah Seorang Hamba II...



Ada bayang ada maya
Ada cahaya ada cermin
Malangnya aku 

Cermin kecil pusaka bonda
Tak nampak wajah yang ada
Pandangnya nazar gelap gelita
Ku pandang rasa lari arah
Ku dengar bunyi tidak terhenti
Angin yang kencang tidak bergoyang
Rupa-rupanya di hujung hati ku gelap gelita

Pandangnya mata kerana hati
Telinga ku tuli kerana tiada ilmunya
Rasa geletar hujungnya tak sampai
Bodohnya aku ilmu tak sampai
Tidak mengenal cahaya dengan cahaya
Apatah lagi hendak mengenalmu
Mu yang nyata

Mu yang tiada selindung
Di sebalik pentas yang ada 
Aku sombong 
Aku tak sedar
Sedangkan aku tidak bermaya
Aku tidak nampak

Aku buta di tempat yang terang
Aku tak dengar tempat yang nyata
Aku tak rasa benda yang ada
Aku tak duduk tempat yang awal


Aku tak sedar aku dimiliki oleh mu
Aku terlindung di sebalik bayang ku sendiri
Yang tidak mengenal akan tuan bayangnya


Madah Seorang Hamba...


Intai-intailah wahai diri
Carilah kekasih sejati
Kekasih awal dan akhir
Nak pegang tak dapat
Nak suluh tak nampak 
Terbuka mulut,nyata
Nak tarik tak boleh 
Tali Allah terbentang indah 

Jangan dusta tubuh yang nyata 
Jangan tunjuk lagak, jangan tunjuk pandai 
Hancur nama empunya nama 
Bukan hujah dengan kata-kata 
Pandanglah suara di hujung suara 
Di hujung  suara itulah ilmu yang nyata 

Nak cincang tak dapat 
Nak rendam tak basah 
Nak bakar tak hangus
Nur Muhammad empunya cerita 
Dunia yang nyata di tapak kakinya 
Habisnya cerita 
Sentuhan di hujung jarinya 
Zat memandang di hujung bau 
Sahabatnya menarik nafas perlahan 
Kelipkan mata, jarang- jarang
Nampak di hujung ilmunya 

Butalah mata 
Tulilah telinga
Kelulah lidah
Taala yang menunggu
Setiap gerak dan gerik
Ya Allah ya Rasulullah
Jangan tinggal akan daku
Walau sesaat sekali pun