Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan rahmat dan kurniaan nya dapat kita terus berubudiah dan terus mengumpul bekalan untuk akhirat yang satu.
Selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia Muhammad S.A.W. Para sahabat, ulamak dan ariffin yang terus memperjuangkan kalimah laillahailallah muhammad rasulullah dari dulu hingga kini.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim bermulanya bibit penceritaan akan kisah blog ini berkenaan "Mencari Sesuatu..."
_ __
Arakian alkisahnya permulaan cerita ini akan tajuknya mencari sesuatu. Adapun kita hidup masih tidak jelas dalam pencarian.
Didalam pencarian itu perlu jelas, contohnya persoalan mengapa aku seorang Muslim? Adakah kerana aku dilahirkan seorang muslim maka aku layak dan jelas didalam Islam?
Setiap sesuatu yang akan kita cari itu perlu jelas, contoh yang mudah ialah mencari suatu tempat, kenal pasti tempat yang ingin dicari. Kalau hendak pergi ke Kuala Lumpur, kenalah tahu serba sedikit pasal Kuala Lumpur. Janganlah sesekali mencari sesuatu yang tak pasti.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Sedarlah dimana kita berpijak dan berdiri. Usahlah dicari akan barang yang tak pasti. Segala-galanya jelas dan nyata.