Khamis, 18 Disember 2014
Secangkir Kopi dan Kudapan...
Isnin, 8 Disember 2014
Ketakutan...
Hadir dikala kesepian...
Melanda tika kemurungan...
Terancam dengan ugutan...
Takut dengan bayangan...
Lupa akan nikmat Tuhan...
Ketakutan melanda jiwa...
Bila diri hilang kuasa...
Daya dan upaya tiada..
Pengaruh sudah tiada...
Terasing kalangan saudara...
Kosong dan tak bermakna..
Diri tiada guna...
Ketakutan itu ada dalam diri...
Bila menyendiri...
Saksi kematian atas diri...
Sedar tiada upaya diri...
Hilang kebergantungan diri...
Masih ada sangsi...
Ketakutan juga ada baiknya...
Bila takut terlanggar hukumNya...
Takut tersalah bicara...
Takut terambil posisiNya...
Takut tersalah sangka padaNya...
Kadangkala bukanlah ketakutan dipinta...
Ketaqwaan hamba pada Tuhannya...
Takut dan taqwa itu berbeza...
Taqwa itu ada rahsianya...
Untuk hamba yang bahagia...
Wallahualam...
#bagaianjingdenganbayangbayang
#takutvstaqwa
#ketakutanmelanda
Kelapangan Hati..
Suasana Pagi Yang Indah
Gua Yang Gelap itu...
Persinggahan di suatu perkampungan...
Bersangka Baik
Suatu ketika...
Dahulu kala...
Al-Marhum bapaku pernah berkata...
Sejahat-jahat manusia...
Pasti ada kebaikan dalam dirinya...
Pandanglah kebaikan dalam dirinya...
Maka hilanglah kejahatan dari pandangan kita...
Usahlah dicari akan yang buruk dan jahatnya...
Bersangka baik juga amalan mulia...
Agar kita senang sentiasa...
Hati lapang tiada sengketa...
Langkah yang tenang bukan lakonannya...
Senyumlah wahai manusia...
Tak rugi berlakon di pentas opera....
Kerana hati ini sedar wataknya...
Perkemas langkah seorang hamba...
Insha'Allah itu genggaman kita...
Alhamdulillah dan Bismillah sentiasa...
Sekian dahulu dipinta...
Musafir hina menumpang lalu di alam maya...
Assalamualaikum semua...
Mengikut Arus Kehidupan..
Perjalanan...
Media Sosial a.k.a. WhatsApp
Teman
Di kala keseorangan...
Di kala kesepian...
Hadir mu penyeri kehidupan...
Ketawa bersama...
Berduka juga bersama...
Langkah kita sama...
Tutur kata juga sama...
Hidup udara yang sama...
Tapi faham kita berbeza...
Itu tandanya Tuhan Maha Kaya...
Kita memandang arah yang sama...
Bahasa kita sama...
Agar kita boleh berbicara...
Senda gurau itu biasa...
Teman di sini, nyata di sana...
Semuanya sama...
Asalnya juga sama...
Beza atau sama hanya pada nama...
Teman...
Silaturahim itu suatu yang mulia...
Ingat-mengingati itu juga suruhanNya...
Kerana kita sering lupa...
Siapa kita di dunia...
Bukalah mata...
Hati dan jiwa...
Renungkanlah firmanNya...
Renungkanlah sunnah RasulNya...
Agar kita berpijak di bumi yang nyata...
Peranan kita berbeza...
Tapi matlamat kita sama...
Menuju KeredhaanNya...
Wahai teman...
Dunia ini sementara...
Hakikatnya di sana...
Bekalan kita tika di dunia...
Bangunlah dari mimpi yang nera...
Jalankan saja suruhanNya...
Kurangkan berkata yang sia-sia...
Kurangkan aktiviti yang lagha...
Semua itu kerana Dia...
Teman...
Daku hanya berkarya...
Sedihku kerana sengketa...
Hanya kerana nama...
Khilafku tika berbicara...
Hanya maaf ku pinta...
Bukan niat untuk berbangga...
Bukan niat untuk menjadi pujangga...
Hanya bicara bisu jadi tinta...
Melakar gerak tiba-tiba...
Hanya luahan rasa...
Lahir dari hati dan jiwa...
Kenapa perlu terasa?
Kerana hati perlu dijaga?
Atau kalam menusuk jiwa?
Semuanya hanya bicara...
Manis atau pahit telankan saja...
Biarlah kita seorang yang rasa...
Berkongsi rasa hanya gurauan sahaja...
Hakikatnya berpijaklah dunia yang nyata...
Kembali kita padaNya...
Huruf dan Makruf itu hakNya...
Pinjaman semata-mata...
Untuk apa mendabik dada?
Ilmu pun juga dariNya...
Kita tiada apa untuk dibangga...
Mana hak kita?
Nyatakan saja...
Semua itu milikNya...
Duhai teman...
Sebelum daku menutup mata...
Ingatlah ini semua sementara...
Pinjaman sahaja...
Tiada yang kekal hanyalah Dia...
Senyuman ini juga seketika...
Kembalilah kepadaNya...
Tiada yang abadi melainkanNya...
Sedarlah bahawa roh itu urusanNya...
Tinggalkan dakwa-dakwi dunia...
Insha'Allah... Bertemu kita di sana...
Jauh lagi perjalanan kita...
Genggamlah sekuat-kuatnya...
La Ilaha Ilallah..
Muhammadur Rasulullah...
Iktikad kita...
Pegangan kita...
Iman kita....
Tiada daya upaya ku
Hanya untuk Mu...
Wallahualam Bissawab...
Khamis, 10 Julai 2014
Kisah seorang ulama dan pendapatnya..
Pada 20hb Jun 2014, syarikat tempat saya berkerja telah menjemput seorang ustaz untuk memberi tazkirah dan tazkirah itu berkaitan dengan bulan ramadhan yang bakal tiba. Apa yang menarik dan menyentuh kalbu saya adalah apabila ustaz tersebut bercerita berkenaan dengan pendapat seorang ulama masa silam. Pendapat dan nama ulama itu sentiasa tergiang-giang dibenak pemikiran saya sehingga kini, walaupun sudah tiga hari berlalu. Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama, kerana ia sesuatu kata-kata yang menusuk kalbu saya sehingga kini.
Perkara pertama sekali yang saya buat adalah cuba google nama ulama tersebut dan kisah berkaitan dengan dirinya. Masha'Allah...beliau bukan calang-calang orangnya. Sebelum saya bercerita tentang pendapat ulama tersebut, saya rasa eloklah kiranya saya perkenalkan namanya dan latar belakangnya.
Realitinya seekor burung yang kecil mampu membuat kerosakkan pada sebuah patung yang kononnya menggambarkan seorang yang hebat tetapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa.
Fantasinya patung tersebut adalah pandangan umat Islam sekarang masih tidak berpijak pada hakikat yang nyata kerana masih mengharapkan seorang individu yang hebat mengubah sesuatu. Sedangkan dalam al-Quran menyatakan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum tersebut mengubahnya. Lagi satu An-Nadawi mengatakan bahawa umat Islam sekarang tidak mengamalkan Al-Quran dan As-Sunnah yang sebenar-benarnya. Umat Islam hari ini hanya menggunakan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai hujah sahaja tetapi tidak mengamalkan intipati didalamnya. Ibarat tin kosong bila diketuk kuat bunyinya dan menyakitkan telinga yang mendengarnya.
Begitulah perangai dan perilaku umat Islam harini. Terpedaya dengan pemikiran dan tanggapan sendiri kerana terlalu mengikut hukum akal dan nafsu. Iman dan Ilmu jauh sekali sebagai pertimbangan. Mengamalkan Islam bila rasa kena pada nafsunya. Kena pada akalnya. Maka terhijablah Ilmu dan Iman didalam dada. Yang kaca disangkakan permata. Permata disangka kaca. Walaupun ada sijil PHD dalam bidang keilmuan Islam sekalipun, masih tertipu dengan akal dan nafsu sendiri.
Wallahualam bissawab.
Isnin, 21 April 2014
Mencari sesuatu...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, alhamdulillah syukur ke hadrat illahi dengan rahmat dan kurniaan nya dapat kita terus berubudiah dan terus mengumpul bekalan untuk akhirat yang satu.
Selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia Muhammad S.A.W. Para sahabat, ulamak dan ariffin yang terus memperjuangkan kalimah laillahailallah muhammad rasulullah dari dulu hingga kini.
Dengan lafaz bismillahirrahmanirahim bermulanya bibit penceritaan akan kisah blog ini berkenaan "Mencari Sesuatu..."
_ __
Arakian alkisahnya permulaan cerita ini akan tajuknya mencari sesuatu. Adapun kita hidup masih tidak jelas dalam pencarian.
Didalam pencarian itu perlu jelas, contohnya persoalan mengapa aku seorang Muslim? Adakah kerana aku dilahirkan seorang muslim maka aku layak dan jelas didalam Islam?
Setiap sesuatu yang akan kita cari itu perlu jelas, contoh yang mudah ialah mencari suatu tempat, kenal pasti tempat yang ingin dicari. Kalau hendak pergi ke Kuala Lumpur, kenalah tahu serba sedikit pasal Kuala Lumpur. Janganlah sesekali mencari sesuatu yang tak pasti.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Sedarlah dimana kita berpijak dan berdiri. Usahlah dicari akan barang yang tak pasti. Segala-galanya jelas dan nyata.