Isnin, 11 Julai 2016

Resmi LALANG


Suatu ketika dulu....
Ketika mencari akar lalang...
Salah satu bahan bagi perubatan...
Saudara ku berkata...
Ikutlah resmi lalang...

Kata orang lalang itu tiada pendirian...
Katanya zahirnya tiada pendirian....
Lihatlah akar lalang...
Berselirat dalam tanah....
Mustahil tiada pendirian...

Pendirian itu bergantung pada akarnya...
Bukanlah pada batang dan daunnya...
Walaupun ditebas dan dipotong batangnya...
Selagi akarnya ada pasti ia tumbuh semula...
Biar hujan, panas, ribut mahupun dingin...

Ia tetap tidak kemana...
Tauhid itu umpama akar...
Mencengkam tanah tanpa sedar....
Kemana angin bertiup kesitulah ia.... 
Membenarkan segala perlakuan Tuhan...

Ia benar...

Zahirnya tampak kosong dan meninggi...
Semakin meninggi...
Semakin menegaklah ia....
Kerana itulah sifatNya...
Berjuang selagi hayatnya...
Walaupun begitu sifatNya...

Ia tumbuh hanya dikawasan rendah...
Kawasan tanah subur pilihannya...
Andai kawasan tinggi.. 
Gunung mahu pun bukit bukau...
Selagi tiada halangan... 

Pohon-pohon besar dan meninggi...
Pasti ia tumbuh berjemaah...
Menakluk kawasan tanah rata...

Sekian dulu coretan kali ini.. 
Salam 10 Ramadhan 1437H..
Salam subuh...

Wassalam....

Penyakit Hati




Penyakit para ilmuan bila rasa diri benar...
Disuluh dan ditilik merata-rata...
Mencari salah dan aib manusia....
Sehingga terlupa menyuluh dan menilik diri sendiri....
Menghukum algojo seolah ia berkuasa....
Pada hal hanya menurut perintah....
Keilmuan dan khayalan bertingkat....

Apa mahunya?
Apa yang dicarinya?
Segalanya tiada punca....
Tiada hujung mahupun pangkal....
Terbabas hanyut dibuai nafsu....
Bicara ilmu bagai si kakaktua....
1001 kitab dan dalil dikeluarkan...
Untuk apa?

Hanya sekadar membenarkan kalamnya....
Tertipu dengan bahasa dan istilah...
Jalan kebenaran dicarinya....
Kebenaran itu tidak perlu dicari...
Kerana kebenaran itu jelas tanpa sembunyi...

Kebenaran itu nyatanya diri....
Masih lagi menafsir dan membezakan....
Sampai kapan mahu kembali? 
Disangka dekat tapi semakin menjauh....
Hanyutnya layang-layang terputus tali....
Sukar untuk kembali...
Apatah lagi mengenal diri....

Wallahualam....

DUSTA




Manusia dan dusta...
Surah Ar-Rahman dalamnya diulang dusta...
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Sebanyak 31 kali ulangan ayat yang sama...
Dusta kalam, hati dan perbuatan....

Diam itu lebih baik dari berkata...
Tidak tahu itu lebih baik dari dusta..
Dusta bila rasa ada kuasa...
Dusta bila wujud berhala....
Sembahlah dunia andai itu menjamin syurga...
Manusia dan dusta...
Pandai berkata-kata...
Hukum sini dan sana....

Dusta....
Dusta....
Dusta....

Penyedap cerita....
Akhir zaman manusia lupa...
Khayalan dalam kata...
Siapa kita?
Siapa DIA?
Tiga dan satu...
Hanya saksi bisu...
Tiga dalam satu...
Menyatakan SA tu...
Tiga puluh satu...
Nikmat Tuhan yang mana satu?


Mencari Sinar




Assalamamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi...
Kerana kita masih dalam rahmatNya...
Selawat dan salam ke atas baginda...
Muhammad S.A.W...
Salam 27 Ramadhan 1437 hijrah...
Masih diberi pancaindera yang sihat....
Tenang....
Tenang....
Tenang....
Masih diberi hati yang lapang....
Senyum....
Senyum....
Senyum....
Jangan dusta tubuh yang nyata ...
Jangan tunjuk lagak,
Jangan tunjuk pandai....
Hancur nama empunya nama
Bukan hujah dengan kata-kata
Pandanglah suara di hujung suara
Di hujung suara itulah ilmu yang nyata
Nak cincang tak dapat
Nak rendam tak basah
Nak bakar tak hangus
Nur Muhammad empunya cerita
Dunia yang nyata di tapak kakinya
Habisnya cerita
Sentuhan di hujung jarinya
Zat memandang di hujung bau
Sahabatnya menarik nafas perlahan
Kelipkan mata, jarang-jarang
Nampak di hujung ilmunya
Butalah mata
Tulilah telinga
Kelulah lidah
Taala yang menunggu
Setiap gerak dan gerik
Ya Allah ya Rasulullah
Jangan tinggal akan daku
Walau sesaat sekali pun...

Rabu, 11 Mei 2016

Sabar, Redha dan Tawakal


Dekat kita ada tiga perkara:-

1) Yang Dapat - Cantikkan redha (terima dengan hati yang suka)
           i)  Bersihkan tubuh dengan buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
          ii)  Bersihkan hati dengan mengingati Allah.
         iii)  Bersihkan rahsia dengan meninggalkan kehendak diri.  Sentiasa takut dalam melakukan sesuatu.

2) Yang Tak Dapat - Cantikkan tawakal. (bulatkan hati sepenuhnya akan penyerahan kita.)
           i)  Sentiasa berserah kepada Allah dengan apa yang belum dapat.
          ii)  Makam Tawakal ada 5 sifat:-
               a)  Yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah mengetahui.
               b)  Yakin sebenar-benar yakin akan kesempurnaan kudrat Tuhan.
               c)  Yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah tak mungkiri janji.
               d)  Yakin sebenar-benar yakin bahawa Allah tak silap dan tak lupa.
               e)  Khazanan perbendaharaan Allah tidak susut (tak kurang).

3)  Yang Melompat - Cantikkan Sabar.
            i)  Sesuatu yang hilang dari kita, hendaklah sabar. (Menerima ketentuan Tuhan dengan keluh dan kesah)
           ii)  Segala dugaan dan cubaan yang datang hendaklah diterima dengan sabar dan redha.
         

Khamis, 20 Ogos 2015

DIAM & PERHATI



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Salam sejahtera wahai insani...
Dalam mengharungi kehidupan ini...
Adakalanya perlu diam, lihat dan nikmati...
Kerana kalam hanya mampu cerita illusi...
Bukanlah suatu hakiki....
Merasai dan menikmati...
Bagai suatu teka-teki...
Merenung jauh ke lubuk hati...
Demi menyelami diri sejati...


Istilah dan bahasa merungkai dilemma diri....
Cerita demi cerita hanya satu kiasan diri.....
Untuk direnungi...
Untuk dinikmati...
Untuk dihayati...
Diam dan renungi...
Terkandung alam dalam diri...
Sekadar melalui....
Perjalanan diri....


Menghayati dan menikmati....
Keindahan syurgawi....
Alam sejagat meliputi...
Rahsia Nur Illahi...
Menaungi martabat diri....
Memulangkan amanah yang diberi...
Kelahiran bayi maknawi...
Menghayati dan menikmati...
Keindahan alam yang meliputi...
Tanpa persoalan dan rencana diri....
Melangah tanpa persoalan dihati...
Menyerah diri...


Mengikut gerak dan rentak diri sejati...
Tiada lagi dakwa dakwi...
Tiada lagi timbangan dalam diri...
Melepaskan semuanya pada empunya diri....
Mengikut gerak nurani....
Bebas tanpa detik dalam diri...

"Wahai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati,
 lagi diredhai. Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia.
 Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " 
(Al-Fajr 89:27 - 30)

‪#‎MerenungiHiasanDuniawi‬
‪#‎BerbahagialahWahaiJiwaYangTenang‬
‪#‎RedhaLagiMeredhai‬

Sabtu, 4 Julai 2015

™~Warna-warni Kehidupan~®



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Salam muafakat dan sejahtera untuk semua...
Semoga kalian sentiasa....
Dalam rahmat, taufik, hidayah dan inayahnya...

Warna-warni kehidupan...
Mewarnai seluruh alam insan...
Lahirnya bagai putihnya kain...
Bersih, suci dan murni hanya kiasan...

Corak dan warna tiada dalam ingatan…
Ibu-bapalah yang mewarnai kehidupan....
Islam, Nasrani mahupun Majusi bergantung pada corakan...
Agama, bangsa dan budaya pada insan...

Warna-warni mewarnakan perwatakan...
Baik atau buruk itu terpulang pada insan...
Sikap dan watak orang tuanya menjadi pantulan...
Itulah dia warna-warni kehidupan…

Warna-warni kehidupan itu indah pada corakannya...
Mengikut watak dan peranannya...
Menyelusuri harapan dan masa..
Dari budak hingga dewasa...
Memeriahkan dunia fana...
Alam ciptaanNya...




Ini cerita dalam cerita...

Warna-warni kehidupannya...
Melambangkan perbezaannya...
Percakapan, perbuatan dan hatinya...
Maka akal dan nafsu main peranannya...
Engkau adalah engkau katanya....
Aku adalah aku, akuinya...
Mengabui pandangannya...

Keindahan warna-warni ikut pandangan
Menghimpunkan semua warna untuk satu kebenaran...
Itulah persamaan...
Menyatukan segala ciptaan...
Untuk kembali pada empunya ciptaan...

Merenung warna dalam kehidupan...
Agar sedar batasan pandangan...
Menilai diri ikut sunnah dan al-Quran..
Itulah panduan akhir zaman…
Laksanakan amanah yang telah dijanjikan...
Selagi nyawa dikandung badan...
Membawa tauladan dan pesan...
Setiap zaman...
Menjadi seorang insan...
Warna-warni kehidupan....
Wallahualam bissawab....
‪#‎warnawarnikehidupan‬
‪#‎perbezaanbukanpersamaan‬